(gambar hiasan)
Dalam sebuah riwayat
mengatakan bahawa Nabi Adam A.S. sesungguhnya setelah beliau memakan buah
syajarah (buah larangan) maka perut beliau pun mula memulas kerana beliau rasa
ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur.
Dikisahkan lagi bahawa
tidaklah dijadikan hal seperti itu pada suatu apa-apa pun dari makanan-makanan
syurga kecuali di dalam syajarah ini, maka sebab itulah Allah S.W.T. melarang
Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa memakan buah tersebut.
Setelah Nabi Adam A.S.
berasa hendak membuang air besar maka beliau pun berlari mengelilingi syurga
untuk mencari tempat bagi membuang air besar. Kemudian Allah S.W.T.
memerintahkan malaikat berbicara dengan Nabi Adam A.S.
Lalu berkata
malaikat:” Apa yang kamu kehendaki?” Nabi Adam A.S. berkata:” Aku ingin
membuang kotoran (najis) yang berada di dalam perutku.” Kemudian Allah
mewahyukan pada malaikat :” Katakanlah padanya :” Ditempat mana hendak engkau
letakkan kekotoran yang ada dalam perutmu itu? Di atas tempat tidur,
singgahsana, sungai-sungai atau di bawah naungan pohon-pohon? Adakah kamu
mendapati sebuah tempat yang sesuai untuk itu? Oleh itu turunlah ke bumi.”
Dengan ini dapatlah
kita ketahui bahawa syurga adalah satu tempat yang paling suci dan di terangkan
bahawa apabila telah dimasukkan kedalam syurga maka seseorang itu tidak ada
rasa hendak buang air besar dan sebagainya.
Dunia adalah tempat
untuk semua. Semua jenis penyakit, najis, maksiat dan sebagainya ada dalam
dunia. Oleh itu hendaklah kita hidup dlam dunia dengan menjauhi dari
bermacam-macam najis samada najis maksiat, najis judi, rasuah, bohong, menipu,
minum arak dan sebagainya.
Manusia yang hidup
cara Rasulullah S.A.W. adalah orang yang akan mendapat penghormatan didunia dan
di akhirat. Di dunia orang akan menhormatiya dan di akhirat Allah akan member
syurga dengan rahmatnya.
0 comments:
Post a Comment