KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


gambar Hiasan (Masjidil Haram)

Abdul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran A.S. dalam alwaah 10 bab iaitu:-

1 Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, sebab Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

2 Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu, nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Ku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik, kemudian Aku pindahkan kamu ke alam lebih baik .

3 Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak, nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka.

4 Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka, sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengangung-agungkan nama-namaKu.

5 Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmatKu, menolak kehendakKu dan membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hambaku. Dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripadaKu.

6 Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu, sebab nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadamu.

8 Jangan menyembelih korban untuk selain dariKu, sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaKu dan Ikhlas untukKu.

9 Cintailah terhadap sesame manusia, sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

10 Jadikan Hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepadaKu dan hiburkan anak keluargamu.”

Kemudian Rasullullah S.A.W. bersabda lagi: :” Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan hari Sabtu itu Hari raya untuk Nabi Musa A.S. dan Allah S.W.T. memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

Sumber: Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan

0 comments:

Post a Comment