KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
gambar hiasan
Sejarah perkembangan agama Islam. Pada masa itu ada dua golongan besar, umat Islam yang saling memburuk-burukkan dan bermusuhan antara satu dengan yang lain. Satu golongan Bani Umaiyah. Yang satu pula Bani Abbasiyah. Kedua golongan ini tidak pernah mempunyai pendirian yang sama.

Sejarah mencatatkan bahawa daulat Bani Umaiyah, dipimpin oleh seorang gabenor yang bernama: Hajjaz bin Yusuf. Beliau terkenal dengan kekejamannya. Dia selalu memutuskan segala perkara menurut kehendak hatinya sendiri. Segala kehendaknya mesti di laksanakan. Seolah-seolah tiada satupun hukum yang dapat mengatasi kehendaknya. Dia berangapan bahawa pendapat orang lain tiada yang benar. Kerana kezaliman dan kekejamannya itu, semua orang tahu siapakah dia gabenor Hajjaz.

Pada masa itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan kuat beribadah serta ‘alim. Beliau itu bernama Sa’id bin Jubair. Gabenor Hajjaz menganggap Sa’id bin Jubair adalah sebagai musuh politiknya. Kerana Sa’id bin Jubair adalah seorang ulama’ yang cinta kepada Saiyidina Ali. Demikianlah umumnya kaum Bani Umaiyah benci terhadap Khalifah Saiyidina ‘Ali.


Satu hari Hajjaz memerintah perajuritnya untuk menangkap Sa’id bin Jubair. Untuk melakukan kerja itu maka diutusnya seorang kakitangannya yang bernama Multamas bin Aswas bersama dua puluh orang perajurit untuk melaksanakan tugas itu.

Walaupun sebenarnya mereka merasa berat hati untuk melaksanakan perintah gabenor yang zalim dan kejam itu,  namun mereka tidak dapat menolak kerana segala perintahnya mesti dilaksanakan. Tidak ada seorang pun yang mampu untuk menolaknya serta membantah segala perintahnya.

Di tengah perjalanan rombongan Multamas bertemu dengan seorang pendita.  Lalu mereka bertanya kepada pendita tersebut: “ Dimanakah rumah seorang ulama yang bernama Sa’id bin Jubair?”

Mendengar pertanyaan perajurit itu dengan singkat pendita menunjukkan rumah Sa’id bin Jubair, tetapi didalam hatinya bertanya: “ Mengapakah orang seperti Sa’id Bin Jubair itu hendak ditangkap?” Padahal menurut pengetahuannya Sa’id bin Jubair tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Setelah mereka bertemu rumah Sa’id bin Jubair tanpa banyak bertanya mereka menangkap Sa’id bin Jubair, lagi pula Sa’id bin Jubair tidak melawan. Sebab beliau yakin segala sesuatunya itu adalah sudah menjadi kehendak Allah. Sedangkan manusia hanyalah sebagai pelaksana atas segala apa yang ditentukan oleh Allah.

Didalam perjalanan menuju ke istana, para perajurit sangat hairan apabila melihat kesolihan Sa’id bin Jubair. Beliau tidak berhenti-henti mengucapkn zikir-zikir terhadap Allah. Bila tiba waktu malam Sa’id bin Jubair bangun dan dibangunkannya semua perajurit-perajurit untuk sama –sama melaksanakan solat tahajjud.

Sebenarnya perajurit-perajurit itu sangat berat untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh ketua mereka itu, tetapi apa boleh buat mereka hanyalah melaksanakan perintah, sedangkan perintah gabenor itu tidak boleh di tolak.

Sesampai Sa’id bin Jubair dihadapan Gabenor Hajjaz yang sangat kejam itu, lalu dengan suara keras Hajjaz bertanya: “ Hai, siapa namamu?”

Orang yang ditanya menjawab: “ Namaku Sa’id bin Jubair. Yang ertinya Yang bahagia anak si teguh.”

Apabila Sa’id bi Jubair mendengar jawapan itu, lalu dengan suara keras pula Hajjaz berkata :” Bukan, Namamu bukan Sa’id bin Jubair tetapi namamu adalah Syaqii bin Kusair yang ertinya yang celaka anak si pecah.”

Setelah berkata demkian Hajjaz tertawa terbahak-baha, dengan maksud untuk nmenghinakan Sa’id bin Jubair dihadapan orang ramai. Dia berkata lagi : Celaka orang tuamu yang memberi nama demikian.”

Mendengar kata-kata hinaan itu, dengan lemah lembut Sa’id bin Jubair menjawab: Tuan, bukan hakmu untuk menentukan kecelakaan, tetapi adalah hak Allah semata.”

Kata Hajjaz pula: “ Diam engkau, sebentar lagi engkau akan ku hantar ke neraka.”

Jawab Sa’id pula :” Tuan, jika engkau sanggup memasukkan seseorang ke dalam neraka, tentu sejak dahulu engkau jadi Tuhan. Tetapi engkau bukan Tuhan yang berhak disembah. Engkau sama seperti manusia biasa seperti saya juga.”

Mendengar jawapan Sa’id, gabenor Hajjaz sangat marah, dengan muka merah dia bertanya: “ Hai Sa’id, jawab pertanyaan ku ! Ali bin Abu Talib itu ahli syurga kah atau ahli neraka?”

Jawab Sa’id : : Perkara syurga dan neraka bukan urusan saya tetapi urusan Allah.”

Tanya Hajjaz pula: “ Siapakah di antara empat khalifah yang engkau sukai?”

Jawab Sa’id: “ Semua khalifah aku sukai. Aku tidak pernah membezakan antara keempat-empat khalifah itu. Mereka adalah “Khulafa’urrrosidin Al-Mahdiiyin.” Mereka adalah sahabat Nabi yang baik-baik lagi mendapat petunjuk daripada Allah. Saya yakin mereka semua adalah ahli syurga. Mereka semuanya baik, kerana kebaikan seseorang adalah ditentukan oleh perbuatannya. Dan tiada perbezaan antara Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah di hadapan Allah. Hanya yang membezakan adalah tingat ketakwaannya teradap Allah.”

Demikianlah pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan oleh Hajjaz, tetapi Sa’id sedikitpun tidak berhasil untuk menundukkan hati Sa’id.Maka ditempuh dengan cara baru. Hajjaz cuba memberikan harta berupa intan berlian yang banyak pada Sa’id bin Jubair. Pada kali ini juga Hajjaz merasa kecewa sebab Sa’id tetap tidak mahu tunduk padanya. Malah Sa’id bin Jubair berkata: “ Wahai Hajjaz, apalah gunanya engkau berikan harta yang banyak ini padaku, jika harus menanggung bencana di akhirat kelak. Dengan cara apapun engkau seksa aku, ingatlah Allah pasti akan membalasnya dengan balasan yang lebih berat padamu di negeri akhirat nanti.”

Mendengar perkataan Sa’id alangkah marahnya Hajjaz, lalu bekata: “ Wahai Sa’id apakah engkau tidak mahu meminta maaf kepadaku?”

Jawab Sa’id : “ Buat apa aku harus minta maaf kepadamu hai Hajjaz, lebih baik aku memohon ampun dan meminta maaf kepada Allah, daripada meminta maaf kepadamu.”

Mendengar jawapan Sa’id bin Jabair yang tidak merasa gentar itu bertambah sakitlah hati Hajjaz. Akhirnya hilanglah kesabaran Hajjaz, lalu memerintahkan pegawal mengikat tangan Sa’id. Bagi Sa’id hal yang demikian tidak menakutkannya, malah dia tersenyum.

Melihat Sa’id tersenyum bertambahlah kemarahan Hajjaz dan dia berkata: “ Hai celaka mengapa engkau tersenyum?”

Jawab Sa’id: “ Aku hairan wahai Hajjaz, kenapa engkau sanggup melawan Allah?” Kata-kata yang diucapkan oleh Sa’id semakin menambah kemarahan Hajjaz.

Kemudian di perintahkan perajurit untuk menelentangkan Sa’id bin Jubair. Sa’id tetap menurut, sedikit pun dia tidak melawan. Dalam keadaan terlentang itu Sa’id tidak berhenti-henti daripada berzikir kepada Allah. Sehingga Hajjaz tidak tahan melihat perangai Sa’id. Maka di perintahkan perajuritnya supaya  membalikkan kepala Sa’id ke bawah.

Dalam keadaan kepala menelungkup pun Sa’id tetap membaca ayat Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya aku hadapkan wajahku bagi yang telah menjadikan langit dan bumi dengan sebenar-benarnya lagi sejahtera, dan tidaklah aku daripada golongan orang-orang yang musyrik.”

Selepas membaca ayat tersebut lalu Sa’id menghadapkan kepalanya kearah kiblat.

Melihat hal itu Hajjaz segera memerintahkan perajuritnya supaya memalingkan kepala Sa’id agar tidak mengadap kiblat tetapi membelakangi kiblat.

Mendengar perintah Hajjaz pada perajuritnya, Sa’id membaca ayat yang bermaksud : “ Timur dan barat adalah kepunyaan Allah di mana saja kamu hadapkan wajahmu ke sanalah engkau menghadap Allah.”

Semakin sakitlah hati Hajjaz mendengar ayat-ayat yang dibacakan Sa’id . Diperintahkannya pula perajurit untuk menekankan kepala Sa’id ke tanah.

Pada ketika itu pun Sa’id membaca ayat-ayat yang bermaksud: “ Daripada tanah kami ciptakan kamu, dan ke dalam tanah kami kembalikan kamu, dan dari dalam tanah pula kami bangkitkan kamu pada waktu yang lain di hari kiamat nanti.”

Habislah kesabaran Hajjaz, lalu diperintahkan perajuritnya supaya memenggal batang leher Sa’id bin Jubair.

Setelah dipancung barulah Sa’id bin Jubair menghentikan zikir-zikirnya, setelah bepisah kepala dengan badannya, dan bercerai jasad dengan ruhnya. Gugurlah Sa’id bi Jubair sebagai orang yang mati Syahid.

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan

0 comments:

Post a Comment