Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -(Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari
KHASIATNYA:
a) Sesiapa
yang membaca Ya Allah 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan
dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah
sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan
yang banyak.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa
yang membaca ( Ya Rahman) sebanyak 100 x setiap selesai mengerjakan solat
fardu, Insya’Allah akan hilang daripada sifat lalai dan pelupa serta dia
mempunyai hati yang pemurah.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang membaca (Ya Rahim) tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya
akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Rahim) 100x selepas mengerjakan fardu Subuh, Insya’Allah semua
orang akan menyayangi dan menyukainya.
c) Sesiapa
yang takut terjatuh kepada sesuatu yang tidak diingininya, lalu berzikir dengan
(Ya Rahman, Ya Rahim) 100x, insya’Allah
dia akan diamankan daripada perkara yang tidak diingininya atau ditakutinya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang membaca (Ya Malik) tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada
fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan
pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
b) Sesiapa
yang selalu menyebut (Ya Malik) yakni bila-ila masa, maka dia akan dihormati
dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini(Ya Quddus) pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
KHASIATNYA:
a) (Ya
Salaam) Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau
136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan
dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan
khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibacakan akan khalimat ini (Ya Mu’min) sebanyak 136 kali oleh orang yang
merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang
ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan
bertambah imannya.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membaca (Ya Muhaimin) 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang berzikir(YA Aziz) sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang
lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan
dimuliakan olehAllah s.w.t. dan
tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari (Ya Jabbar) sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insya’Allah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang berzikir (Ya Mutakabbir) tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah
orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Khaliq) waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Baari) pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Musawwir) sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Ghaffar) 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca(Ya Qahhar) tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih,
Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang
adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan
membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang kekal mewiridkan (Ya Wahhaab) tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai
sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan
dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa
mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali,
Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang mengekalkan membaca (Ya Razzaq) tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Fattah) tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan
tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan
bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa
yang berzikir (Ya ‘Aliim) tiap-tiap
setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan
mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
b) Orang
yang selalu membaca Zikir ini, Insya’Allah hatinya akan disinari cahaya “nur”
yang suci.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Qabidh) setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar
dari pengancamnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca ( YA Basith) selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan
rezeki dan ilmunya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
diamalkan (Ya Khafidh) setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk)
sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta
dikabulkan hajatnya.
b) Sesiapa yang membacanya 100 x insya’Allah akan
mendapat keamanan daripada musuh.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Rafi’) setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari
pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
b) Sesiapa
yang membacanya 100 x atau 40x setiap malam Isnin danmalam Jumaat, yakni
selepas magrib atau Isyak, Insya’Allah jika diamalkan dengan berterusan dia
akan memperolehi kehebatan di kalangan rakan-rakannya atau mesyarakat lainnya.
c) Sesiapa
yang membacanya 100 kali sehari semalam, insya’Allah darjatnya akan ditinggikan
oleh Allah.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa
yang membaca (YA Mu’izz) 140 x selepas Isyak pada setiap malam Isnin dan
Jumaat, insya’Allah dia akan menjadi mulia dalam pandangan orang lain dan
begitu juga dia tidak ditakuti dalam pandangan orang lain, dan tidak takut
kepada sesiapa pun selain Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Muzillu)sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud
sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan
apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan
ditolakkan musuh daripadanya.
b) Sessiapa
yang mempunyai wang pada yang membayar hutang, hendaklah dia memperbanyakkan
membaca Ya Muzzilu ini, Insya’Allah orang yang berhutang itu akan insaf untuk
membayar hutangnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka
doanya akan ditunaikan oleh Allah
s.w.t. dan akan disembuhkan
pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Sami’) 100 x pada hari Khamis, setelah mengerjakan solat
Zuhur, kemudian dia menahan dirinya dari bercakap dengan sesiapa pun, maka
Allah S.W.T. akan memenuhi segala hajatnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya
akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
b) Sesiapa
yang banyak membaca Ya Basir pada waktu siang dan malam, insya’Allah dia akan
disembuhkan daripada lemah penglihatan.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali,
Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi
pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya
akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap
hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala
khabar yang dikehendaki.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara
dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh
dan akan terhindar dari kejahatan.
b) Sesiapa
yang berulang kali membaca (YA Azim) insya’Allah dia akan memperolehi
kemuliaan.
c) Apabila
orang sakit berzikir dengan menyebut Y Azim sebanyak 1020 x Insya’Allah
penyakitnya akan sembuh. Kalau yang berzikir itu tidak mempunyai penyakit,
Insya’Allah ia akan memperolehi kebesaran dan kemuliaan.
d) Sesiapa
yang berzikir dengannya sebanyak 7,000 x tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam
selama 1 bulan, insya’Allah darjatnya akan naik dan memperolehi kelebihan yang
anyak dann mendapatkan kesenangan dalam kehidupan dunia.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa yang sakit kepala, demam atau sedang
berdukacita, lalu membaca ( Ya Ghafur) dengan berulangkali, insya’Allah
penyakit dan masalahnya akan hilang.
b) Sesiapa
yang berusaha mengamalkan atau membaca (Ya Ghafur) sebanyak-banyak mungkin
setiap hari insya’Allah doa ddan permohonannya akan dikabulkan oleh Allah
S.W.T.
c) Sesiapa
yang membaca sebanyak 7,000n x setiap malam, Insya’Allah kesulitan dan
kesukaran akan hilang.
KHASIATNYA:
a)
Apabila menuliskan (Ya Syakur) sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas
atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri
itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat
berkat.
KHASIATNYA:
a) Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan
pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan
kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Aliy) insya’Allah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya
akan terarah dan kalau dia sedang mengembara dkan selamat pulang ke kampungnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca(Ya Kabir) dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak
1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya,
pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil
rasuah dan lain-lain.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Kabir) sebanyak 232 x setiap kali selepas selesai mengerjakan
solat fardu, insya’Allah akan terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya . Dan
jika ia orang yang mempunyai hutang, insya’Allah akan berkemampuan untuk
membayar hutangnya.
c) Sesiapa
yang membaca (Ya Kabir) 100 x setiap hari, Insya’Allah dia akan mendapat
kemuliaan.
KHASIATNYA:
a) Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang
buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan
terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Hafiz) 16 x setiap hari, insya’Allah dia akan diselamatkan
daripada malapetaka.
KHASIATNYA:
a) Untuk
melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah
sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
b) Sesiapa
yang mempunyai anak yang berperangai buruk, lalu dia membaca Ya Muqit
berulangkali ke dalam segelas air, kemudian memberi anaknya meminum ait itu,
insya’Allah perangao anak itu akan berubah menjadi baik.
KHASIATNYA:
a)
Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang
dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit
matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga
kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
b)
Sesiapa yang merasa takut berlakunyan kecurian
terhadap harta bendanya, takut hasad dengki orang terhadapnya, maka hendaklah
dia membaca (Ya Hasib) 70 x mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh
malam. Setelah membacanya 70 x hendaklah dia membaca: “ Allah lah
sebaik-baik Penjamin”Insya’Allah jika ini diamalkan, terlepas daripada
hal-hal yang menakutkan seperti atas.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca (Ya Jalil) setiap pagi (jam
2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan
meningkat dengan sangat menghairankan.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang mewiridkan (Ya Karim) pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Raqib) sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta
dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
b) Barangsiapa
yang kehilangan sesuatu perlu membaca zikir ini. Jika orang yang kehilagan
sesuatu membaca Ya Raqib sebanyak 312 x setiap kali selepas mengerjakan solat fardu,
insya’Allah barangnya yang hilang itu akan didapatinya semula atau ia akan
diganti oleh Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca (Ya Mujib) setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak
55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Mujib) berulangkali, kemudian dia memohon apa yang dihajatinya
itu kepada Allah S.W.T. insya’Allah akan dikalulkan oleh Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca (Ya Wasi’) setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca(Ya Hakim) setiap pagi (waktu
pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal
fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
b)
Sesiapa yang selalu menyebut Ya Hakim,
insya’Allah dia tidak mengalami kesukaran dalam menjalankan tugas dan
pekerjaannya.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca (Ya Wadud) setiap malam
sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai
orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Wadud) 1,000 x setiap hari, insya’Allah diperbaiki segala
urusannya, sama ada urusan keduniaan atau akhiratnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Majid) sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan
tenteram semua anggota keluarganya.
b) Sesiapa
yang selalu menyebut (Ya Majid) , Allah S.W.T. akan menerangi hati dan jiwanya.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca (Ya Ba’its) sebanyak 100 kali
dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah
s.w.t.. akan memberinya lapang
ilmu dan hikmah.
b)
Orang yang selalu menyebut (Ya Ba’its),
insya’Allah akan menjadi lebih takut dan kagum terhadap kekuasaan Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Syahid) setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang
atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
b) Orang
yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapanya perlu mengamalkan
zikir ini. Sesiapa yang selalu membaca “AS-Syahid” terhadap anaknya yang nakal
dan degil, insya’Allah anaknya itu akan mahu mengikut perintahnya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
b) Sesiapa
yang kehilangan sesuatu, kemudian dia menyebut Ya Haq berulangkali, insya’Allah
akan menjumpai barangnya yang hilang itu.
KHASIATNYA:
a) Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca (Ya Wakil) khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak
1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
KHASIATNYA:
a) Untuk
mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca (Ya Matin) sebanyak-banyaknya
(keduanya AL QAWIYYU dan AL
QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Matin) sebanyak 10 x kepada kanak-kanak kecil (lelaki dan
perempuan), insya’Allah anak itu akan dipelihara daripada kejahatan zina.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa
yang membaca Ya Waliyy 1000 x pada malam Jumaat, insya’Allah dia akan di
beriwilayah dan dihisab nanti dipadang masher dengan hisab yang mudah.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca
setelah selesai sembahyang Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah
segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Hamid) 100 x setiap kali selepas mengerjakan solat lima waktu,
insya’Allah dia akan menjadi orang yang soleh.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibacakan (Ya Muhsi) 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada
orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
b) Sesiapa yang
membaca Al- Muhshi 1,000 x insya’Allah akan mendapat kemudahan pada hari
berhisab nanti.
KHASIATNYA:
a) Untuk
menjayakan segala yang dirancangkan,(Ya Mubdi’) dibaca setiap hari sebanyak 470 kali,
Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
b) Sesiapa
yangmembaca Ya Mubdi’ 470 x seorang peniaga atau pengusaha insya’Allah akan
melihat hasil usahanya berkat mewiridkan nama Allah tersebut.
KHASIATNYA:
a)
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang
hilang,(Ya Mu’id) dibaca setiap sebelum
sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan
izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
b)
Sesiapa yang membaca (Ya Mu’id) 70 x untuk
seseorang yang jauh dari keluarganya, insya’Allah orang itu akan pulang dengan
selamat.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca (Y a Muhyi) setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi
kemuliaan dan meningkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
b) Sesiapa
yang (Ya Muhyi) sebanyak 68 x setiap kali selepas selesai mengerjakan solat
fardu lima waktu, insya’Allah dikeluarkan dari badannya segala jenis penyakit.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan
nafsu dan akan berbuat taat.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi
sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi
hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar
kewibawaannya.
b) Sesiapa
yang selalu membaca (Ya Qayyum) insya’Allah dia akan terpelihara daripada sifat
lupa dan lalai.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa yang menyebut(Ya Wajid) kepada tiap-tiap suap makanannya, insya’Allah akan di kuatkan hatinya.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca (Ya bMajid) sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang terutama pelajar maka akan terang hatinya.Namun demikian pelajar tersebut belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca (Ya Wahid) setiap ba'da
sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada
hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan
diberi keturunan.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Wahid berulang-ulang ketika seorang diri di tempat yang sunyi,
Insya’Allah akan bebas daripada ketakutan serta kebingungan.
KHASIATNYA:
a) Untuk
memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga
hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala
macam hajatnya.
b) Sesiapa
yang selalu menyebut (YA Somad) kebetulan dia orang yang kehilangan barang,
Insya’Allah barang yang hilang itu akan kembali atau ditemukan semula.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Qadir) sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua
rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
b) Sesiapa
yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihatcita-citanya itu tercapai,
maka hendaklah dia membaca Ya Qadir 305 kali setiap hari, insya’Allah hajat dan
cita-citanya itu akan tercapai.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur,
Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
b)
Sesiapa yang membaca Ya Muqtadir segala
hajatnya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a) Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca (Ya Muqaddim) setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang membacanya (YA Muakhhir) tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
KHASIATNYA:
a) Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU Ertinya Maha Penghabisan.
KHASIATNYA:
a)
Apabila dibaca setiap selesai sembahyang
Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan
diakhir umurnya.
b)
Sesiapa yang membaca Ya Akhhir setiap selesai
mengerjakan solat yang lima waktu, di abaca 200 x dan diamalkan selama satu
bulan, maka Allah S.W.T. akan membuka pintu rezeki yang halal baginya.
KHASIATNYA:
a)
Agar terbukanya segala ilmu, dibaca (Ya Zahir) setiap
ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan
mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
b)
Sesiapa yang membaca Ya Zahir sebanyak 15 x
selepas solat Jumaat, insya’Allah nur atau cahaya akan menerangi hatinya.
KHASIATNYA:
a) Untuk
ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang
fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang
dimiliki oleh manusia.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Batin 33 x setiap hari insya’Allah dijadikan ia dari golongan
ahli yakin.
KHASIATNYA:
a) Agar
terbuka hatinya, dibaca (Ya Wali) setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya,
pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
b) Sesiapa
yang mengulang-ulang membaca (YA Wali) kemudian dia menghembuskan nafasnya
kedalam rumah, Insya’Allah akan terpelihara keselamatan rumahnya.
c) Sesiapa
yang membaca Ya Wali, ketika diancam bahaya atau petir, Insya’Allah dia akan
selamat daripadanya.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Muta’ali) tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali,
Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih
tinggi.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Muta’ali) sebanyakmungkin, maka jika dia menghadap raja atau
pemimpin sebuah negeri, untuk sesuatu keperluan, insya’Allah akan berhasil.
KHASIATNYA:
a) Untuk
memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca (Ya Barr) sebanyak-banyaknya.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Barr berulang x kepada anaknya, insya’Allah anaknya itu akan
dijauhkan daripada sebarang kemalangan atau kecelakaan.
KHASIATNYA:
a)
Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca (Ya
Tawwab) setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
b)
Sesiapa yang membaca (YA Tawwab) selalu
insya’Allah akan diterima taubatnya.
KHASIATNYA:
a) Untuk
menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu
lima waktu sebanyak-banyaknya.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Muntaqim) selalu Insya’Allah akan dapat menewaskan
musuh-musuhnya.
KHASIATNYA:
a)
Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya
disenangi manusia yang kenal padanya dan terhindar dari permusuhan.
b)
Sesiapa yang banyak membaca (YA ‘Afuww)
insya’Allah akan diampuni segala dosanya.
c)
Sesiapa yang membaca Ya ‘Afuww 156 x
insya’Allah dibebaskan ia dari hukuman, atau sekurang-kurangnya diringankan
hukuman itu kepadanya.
KHASIATNYA:
a) Sesiapa yang selalu membaca Ya Ra’uf, maka dia akan dikasihi Allah S.W.T.
b) Sesiapa yang membaca Ya Ra’uf 10 x kemudian di abaca selawat 10 x, maka kalau dia sedang marah akan berkurangan kemarahannya dan kalau dia sedang dimarahi orang akan berkurangan marah orang itu kepadanya.
c) Sesiapa yang banyak berzikir membaca Ya Ra’uf, sama ada siang atau malam, maka sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan bersedia menolongnya.
KHASIATNYA:
a) Untuk
mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca (Ya
Malikul Mulk) setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam
sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya
dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
b) Sesiapa
yan membaca (Ya Malikal Mulk) berulangkali, Insya’Allah dia akan dihormati
orang.
KHASIATNYA:
a) Untuk
mendatangkan hajat, dibaca (Ya Zul Jalali Wal Ikram) setiap hari sebanyak 1065
kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
b) Sesiapa
yang seslalu membaca (Ya ZalJalali Wal Ikram), insa’Allah dia akan mendapat
kejayaan, jika dia sertakan dengan usaha yang gigih dan tekun)
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibaca (Ya Muqsit) 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari
was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Muqsit setiap hari, Allah S.W.T. akan menjadikannya orang yang
adil. Dia tidak berat sebelah atau curang dalam memberi hukuman, Insya’Allah.
KHASIATNYA:
a)
Barangsiapa yang membacanya (Ya Jami’) tiap-tiap
hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
b)
Sesiapa yang membaca (Ya Jami’) berulang-ulang
insya’Allah dia akan menemuan barangnya yang hilang.
c)
Orang yang anaknya pergi merantau dan sudah
lama tidak pulang atau tidak mahu pulang, perlu mengamalkan zikir ini, Apabila
Ya Jami’ dibaakan sebanyak mungkin, insya’Allah anak jauh dirantau orang tidak
tahu dimana tempatnya akan segera pulang.
KHASIATNYA:
a) Apabila
dibacakan (Ya Ghani) pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang
lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
b) Sesiapa
yang menbaca Ya Ghani 1,000 x setiap hari, insya’Allah beliau akan dikayakan
dengan kurniaan Allah S.W.T.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
KHASIATNYA:
a)
Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang
zalim. dibacakan (Ya Mani’) setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu
Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
b)
Orang yang membaca (YA Mani’) insya’Allah
ditegah daripada mudarat.
ADH DHAARU Ertinya Maha MeMudharatkan.
KHASIATNYA:
a) Untuk
menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini
dibaca (Ya Dhar) setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan
kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Dhar 100 x setiap malam Jumaat, insya’Allah rahmat Allah akan
menjadi lebih hampir kepadanya.
KHASIATNYA:
a) Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
KHASIATNYA:
a) Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.
KHASIATNYA:
a) Imam
Ahmad bi Ali Al – Buni mengatakan bahawa
nama Allah ini zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan
fikiran, kit abaca: (Ya Hadi Ihdini) insya’Allah seketika itu juga kita akan
mendapatkan petunjuk dan kita akan dapat kembali kejalan yang kita lalui tadi.
Sama ada kita tersesat di dalam kita besar yg belum pernah kita kenal, mahupun
kita berada di tengah hutan yang banyak binatang yang merbahayakan. Inilah
senjatanya, kita baca Ya Hadi Ihdini berulang-ulang, insya’Allah kita akan
selamat berkat mengamalkan nama Allah ini.
b) Sesiapa
yang selalu menyebut Ya Hadi, Insya’Allah akan memperolehi pengetahuan rohani.
KHASIATNYA:
a) Untuk
tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang
fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
b) Sesiapa
yang membaca Ya Badi’ sebanyak 70 x insya’allah kesusahan nya akan hilang.
KHASIATNYA:
a) Untuk
mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma (Ya Baqi)ini setiap saat
banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan
kejatuhan jumlah, Insyaallah.
b) Sesiapa
yang ragu-ragu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, maka dengan membaca (Ya Baqi)
sebanyak 1,000 x antara magrib dan Isyak, insya’Allah akan dapat menolongnya
untuk memilih mana yang betul, baik dan lebih sesuai.
c) Sesiapa
yang membaca Ya Baqi 100 x sebelum matahari terbit, isya’Allah akan tehindar
daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya dan dosanya akan diampuni.
d) Sesiapa
yang membaca (Ya Baqi) 1,000 x insya’Allah akan dilepaskan daripada dukacita
dan kemudaratan.
KHASIATNYA:
a) Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca (Ya
Warits) setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
b) Sesiapa
yang selalu membaca Ya Warits, insya’Allah akan panjang umurnya.
KHASIATNYA:
a) Untuk
menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca Ya Rsyid) setiap pagi dan petang.
b) Sesiapa
yang membaca (Ya Rasyid) 1,000x antara Magrib dan Isyak, Insya’Allah
kesusahannya akan hilang.
KHASIATNYA:
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Sobur) sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
sumber: Buku ASMA UL HUSNA (Rahsia & Amalan 99 Nama Allah-Shahrin Jasah)
3 comments:
BERMANFAAT ,MAU TANYA KALAU NGAMALIN YAA ADHIIM 7000X, SIANG DAN MALAM ,BERARTI DALAM SEHARI SEMALAM JUMLAHNYA JADI 14000X? MOHON DI BALAS TERIMAKASIH
Terima kasih atas penjelasaannya, download juga wallpaper asmaul husna semoga dapat membuat memudahkan kita menghafalnya setiap saat:
http://kreazikita.blogspot.in/2015/06/kumpulan-gambar-asmaul-husna-part-10.html?m=1
Qobiltu
Post a Comment