gambar hiasan |
Pada zaman Nabi Musa, dikisahkan bahawa ada seorang kaya raya yang
mempunyai seorang anak lelaki, apabila wafat orang kaya itu, maka semua
hartanya itu menjadi milik pewaris tunggal itu. Melihat akan hal yang demikian,
maka sepupu dari pewaris itu telah merancang untuk membunuh pewaris itu, dengan
ini mereka dapat mengambil harta-harta tersebut. Setelah mereka membunuh
pewaris tersebut, maka mereka pun bertemu dengan Nabi Musa dan memberitahu
bahawa sepupu mereka telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali dan meminta
supaya Nabi Musa dapat menolong mereka untuk menangkap pembunuh itu.
Setelah Nabi Musa mendengar keterangan dari mereka, maka Nabi Musa pun
memohon pertolongan dari Allah S.W.T. lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi
Musa supaya menyembelih seekor sapi (lembu) dn hendaklah mengambil lidahnya dan
pukul pada mayat tersebut, dengan izin Allah maka akan bangun kembali orang
yang telah mati itu dan akan menceritakan siapakah yang membunuhnya.
Apabila Nabi Musa menyampaikan kepada mereka, agar mereka menyembelih
seekor sapi, maka mereka semua mentertawakan Nabi Musa, sebab akal mereka tidak
dapat menerimanya. Padahal Nabi Musa telah banyak kali menunjukkan
mukjizat-mukjizat yang tidak dapat diterima akal. Mereka mentertawakan Nabi
Musa dengan mengejek Nabi Musa dengan berkata : “ Tanyalah Tuhan kamu, adakah
sapi jantan atau sapi betina yang diperlukan dan apakah bentuk warna, agar kami
tidak silap membelinya. “ Kemudian Nabi Musa berkata: “ Menurut apa yang Allah
S.W.T. telah wahyukan kepadaku, sapi tersebut ialah berwarna kuning tua dan
tidak pernah digunakan untuk membajak tanah atau mengirim tanaman, tidak
mempunyai apa-apa kecacatan dan tidak pula mempunyai apa-apa belang.”
Sebaik saja mereka mendengar penjelasan dari Nabi Musa, mereka pun
keluar mencari sapi seperti yang disebutkan. Akhirnya mereka menemui sapi
tersebut milik seorang anak yatim-piatu dan sapi itulah satu-satunya sumber
pendapatannya.
Ayah anak yatim tu adalah adalah seorang fakir miskin yang sangat taat
kepada AllahS.W.T. dan selalu melakukan amal ibadat. Sebelum matinya dia telah
memohon kepada Allah S.W.T. supaya menolong anaknya sebab dia tidak meninggalkan
sebarang harta selain dari sapi tersebut, maka dengan berkat doa ayahnya itu
maka sapi tersebut pun dijual dengan harga yang berlipat kali ganda. Mereka
terpaksa membeli sapi tersebut walaupun dengan harga yang sangat mahal demi
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Nabi Musa A.S.
Setelah itu, mereka membawa sapi tersebut kepada Nabi Musa A.S. dan
terus disembelihnya sapi itu. Nabi Musa
A.S. pun mengambil lidah sapi tersebut lalu dipukulnya kepada mayat itu.
Bangunlaah mayat itu lalu memberitahu orang ramai bahawa yang membunuhnya ialah
sepupunya sendiri.
Kisah ini Allah S.W.T. ada menerang kan dalam Al-Quran dalam surah
Al-Bakarah ayat 67 hingga ayat 73)
Haruslah kita ingat bahawa sekiranya Allah S.W.T. menghendaki sesuatu
maka tidak ada yang mustahil baginya dan mustahil itu hanya bagi manusia.
Sumber : Buku Himpunan Kisah –Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment