gambar hiasan |
Kata Lukman Al-Hakin
kepada anaknya: “ Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang)
maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu
akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan
kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan
bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah).”
Kata Lukman Al-Hakim :
“ Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut
ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan
memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”
Kata Lukman Al-Hakim :” Wahai anakku! Kamu ikutlah
ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.
Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di
dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu
berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”
Kata Lukman Al-Hakim: “
Wahai anakku! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat
besi-besi yang berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan ssesuatu yang lebih
berat daripada tangan yang buruk perangainya.
Kata Lukman Al-Hakim: “
Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda pahit, tetapi aku belum
pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”
Kata Lukman Al-Hakim :
“ Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam
kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang
lebih susah dan lebih payah dari menganggung hutang.”
Kata Lukman Al-Hakim :
“ Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka
para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-
1)
Apabila engkau
mengerjakan sembahyang, beribadat kepada Allah S.W.T. maka jagalah baik-baik
fikiranmu.
2)
Apabila engkau berada
di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3)
Apabila engkau berada
di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu)
4)
Apabila engkau hadir
dalam jamuan makan, hendaklah kemu menjaga perangaimu.
5)
Ingatlah kepada Allah
S.W.T.
6)
Ingat akan mati.
7)
Lupakanlah budi baikmu
terhadap orang lain.
8)
Lupakan semua kesalahan
orang terhadap dirimu.
0 comments:
Post a Comment