Sabda Rasulullah S.A.W. : Tidak tiba suatu hari melainkan
turunnya 5 malaikat :-
1
Turunnya malaikat di Makkah
2
Turunnya malaikat di Madinah
3
Turunnya malaikat di Baitulmaqdis
4
Turunnya malaikat di kubur orang muslimin
5
Turunnya malaikat di majlis kaum muslimin
Kata malaikat yang turun di Makkah: “ Ingatlah! Sesiapa yang
meninggalkan kewajipannya terhadap Allah
S.W.T. maka sesungguhnya mereka itu terlepas dari rahmat Allah S.W.T.”
Kata malaikat yang turun dari Madinah:” Ingatlah! Sesiapa yang
meninggalkan sunnaturrasul maka sesungguhnya mereka itu tidak akan mendapat
syafaatnya (Syafaat dari Rasulullah S.A.W.).”
Kata malaikat yang turun di Baitulmaqdis: “ Ingatlah! Sesiapa
yang makan harta haram tidak akan diterima segala amalnya.”
Kata malaikat yang turun dikubur orang muslimin: “ Wahai ahli
kubur! Apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?”
Kata ahli kubur: “Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan
amal kerana telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu, dan kami
merasa iri hati dengan orang-orang yang selalu sembahyang berjamaah dan membaca
Al-Qur’an dan membaca selawaat nabi S.A.W. serta beristighfar. Sedangkan kami
pula sudah tidak boleh lagi berbuat
semua itu”.
Kata malaikat yang turun di majlis orang-orang muslimin: “Wahai
manusia ! tenang-tenanglah sebab Allah itu menentukan balasan hukuman, sesiapa
yang takut atas pembalasan Allah S.W.T. maka hendaklah dia segera memperbaiki
dirinya dan bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukannya. Kami sentiasa takut,
tetapi kamu tidak takut kepadaNya (Allah). Kalaulah tidak ada orang yang
khusyuk dan tidak ada bayi-bayi yang masih menghisap susu ibu, dan tidak ada
binatang peliharaan dan tidak ada orang-orang tua yang sembahyang nescaya telah
ditimpakan ke atas kamu siksa dengan sekaligus.”
Kata Aisyah r.a. :” Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepadaku: “
Wahai Aisyah, awaslah dari dosa-dosa yang kecil-kecil, sebab Allah S.W.T. pasti
akan menuntutnya.”
Seorang Hakim telah ditanya : “Mengapakah kami mendengar
pengajian tetapi kami tidak dapat mengamalkannya?”
Kata Hakim itu: “Ini adalah berpunca dari lima sebab,
antaranya:-
1
Allah S.W.T. telah memberi nikmat kepada kamu tetapi kamu tidak
mensyukurinya.
2
Kamu telah berbuat dosa dan kamu tidak pula mahu beristighfar (
memohon ampun dari Allah)
3
Kamu tidak suka mengerjakan apa yang sudah kamu ketahui ( tidak
mahu kerjakan sesuatu yang telah dipelajarinya dari majlis ilmu).
4
Kamu bersahabat dengan orang-orang yang baik, tetapi kamu tidak
meniru amal kebaikan mereka.
5
Kamu selalu menguburkan orang yang sudah mati, tetapi kamu tidak
mahu mengambil iktibar.
Berfirman Allah dalam kitab yang dahulu: “Wahai hambaku, Akulah
raja yang tidak akan binasa dan tidak akan mati, taatlah kepada Ku dalam
mengerjakan semua perintah dan berhentikanlah segala yang aku larang sehingga
Aku jadikan engkau hidup tidak mati ( hati yang sentiasa mengingati Allah). Wahai hambaku, Akulah Tuhan yang menciptakan
segala sesuatu dengan kun (jadilah) maka jadilah.”
Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Adalah perumpamaan antara aku
dengan kamu sama dengan orang yang menyalakan api lalu datang kupu-kupu
berebut-rebut untuk masuk ke dalam api, lalu aku menahan kamu semua jalan
sampai kamu masuk ke dalam api.”
Kalau kita lihat dengan mata kepala kita sendiri maka kita akan
tahu bahawa orang yang ingkar kepada perintah Allah adalah mereka itu seperti
kupu-kupu yang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam api. Cuba kita lihat pada
malam hari, kelkatu dan binatang kecil yang terbang akan melaga-lagakan diri mereka
pada lampu, mereka akan melagakan diri mereka sehingga mati atau tidak boleh
terbang lagi.
Maka inilah yang dikatakan manusia yang bodoh, apabila mereka
tahu siksa api neraka itu sangat pedih tetapi ke situ juga yang mereka pergi.
1 comments:
http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/hati-hati-ternyata-waktu-tidur-tak.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/bukan-hoax-nonton-film-horor-bisa.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/sudah-putus-selena-gomez-masih-pakai.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/ratusan-iphone-x-senilai-5-miliar-raib.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/susul-nabilah-melodi-putuskan-berhenti.html
Tunggu Apa Lagi Guyss..
Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
- BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
- Skype : Vip_Domino
- WHATSAPP : +62813-2938-6562
- LINE : DOMINO1945.COM
- No Hp : +855-8173-4523
Post a Comment