KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

gambar hiasan



Dalam kitab Thnbihul Ghafilin menerangkan bahawa apabila tiba waktu sembahyang Iblis laknat akan menyuruh tenteranya yang terdiri dari syaitan supaya menyibukkan manusia dengan kesibukan hingga melalaikan mereka dari mengerjakan sembahyang.

Apabila tiba waktu sembahyang syaitan-syaitan akan mengganggu manusia sehingga luput waktu sembahyang. Kalau Syaitan itu gagal berbuat demikian maka syaitan itu akan mengganggu mereka-mereka yang mengerjakan sembahyang dengan cara menyuruh mereka supaya tidak menyempurnakan ruku’ dengan betul, tidak menyempurnakan sujud dengan betul, begitu juga dari segi bacaan dan tasbih.

Dikisahkan juga kalau syaitan itu tidak dapat mengganggu mereka yang mengerjakan sembahyang maka mereka pulang dengan perasaan rugi dan hina. Apabila syaitan itu kembali kepada Iblis laknat kerana gagal mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang, Iblis laknat akan memerintahkan supaya syaitan itu diikan dan dilemparkan kedalam laut.


Dikisahkan juga kalau syaitan itu Berjaya mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang atau berjaya melalaikan dari mengerjakan sembahyang maka syaitan itu akan dipuji dan dimuliakan serta diagung-agungkan.

Berkata Abul Laits Assamarqandi: “ Sesungguhnya kamu mempunyai 4 musuh yang sangat memerlukan kesungguhan kamu untuk menghadapinya :

  1. Dunia (kehidupan dunia)
Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud: “ Maka janganlah sekali-kali kamu semua ditipu oleh dunia (Kehidupan dunia)

  2. Nafsu
Ibnu Abbas r.a. berkata : “ Musuhmu yang paling ketat dan sangat berbahaya ialah nafsumu, dia itu berada di antara dua rusuk kamu.”

  3. Syaitan dari Jin
Syaitan dari jin, maka hendaklah memohon perlindungan kepada Allah S.W.T. dari tipu dayanya.

  4. Syaitan dari Manusia.
Syaitan dari manusia, maka hendaklah kamu berhati-hati dari mereka, kerana mereka itu lebih dasyat dari syaitan dari jin sebab syaitan dari jin menyesatkan manusia hanya dengan bisikan sahaja.
Adapun syaitan dari manusia itu menyesatkan manusia dengan mata yang boleh dilihat akan perkara-perkara jahat dan kadang-kadang mereka memberi pertolongan untuk mengerjakan yang jahat dan baik.

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan

0 comments:

Post a Comment