gambar hiasan |
Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata : “ Wahai penduduk Bashrah,
hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara, sebab itulah
doa kamu tidak dimakbulkan.”
1. Kamu semua mengetahui marifat
Allah, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hak Nya.
2. Kamu semua membaca Al-Qur’an
tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.
3. Kamu semua mengaku mencintai
Rasulullah S.A.W. tetapi kamu semua meninggalkan sunnahnya.
4. Kamu semua mengaku syaitan itu
musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
5. Kamu semua mengaku akan masuk
syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkan syurga.
6. Kamu semua mengaku akan
terselamat dari neraka Jahannam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan
menceburkan kamu ke dalam neraka Jahannam.
7. Kamu semua mengaku bahawa mati
itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati
itu.
8. Kamu semua sentiasa mencari
kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu
sendiri.
9. Kamu semua telah merasai nikmat
pemberian Allah S.W.T. tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.
Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati
diantaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar itu.
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment