KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

      gambar hiasan

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila kerajaan Nabi Sulaiman A.S. berleluasa pemerintahannya didunia dari manusia, jin, binatang-binatang buas dan burung-burung serta dapat menguasai angin. Maka Nabi Sulaiman berkata :” Ya Allah, izinkanlah aku memberi rezeki kepada tiap-tiap orang yang mendapat rezekiMu selama satu tahun penuh.”

Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Sulaiman A.S. :” Wahai Sulaiman, sesungguhnya kamu tidak akan dapat berbuat demikian.”

Nabi Sulaiman merayu lagi : “ Ya Allah, izinkanlah aku untuk sehari.” Lalu Allah S.W.T. mengizinkan permintaan Nabi Sulaiman A.S.

Setelah mendapat izin dari Allah S.W.T. maka Nabi Sulaiman A.S. pun mengerahkan manusia dan jin supaya memanggil semua orang di bumi untuk membuat makanan.

Apabila semua orang telah berhimpun maka Nabi Sulaiman pun menyuruh mereka semua memasak apa yang dibawa oleh mereka.

Setelah makanan siap disediakan maka Nabi Sulaiman A.S. telah mengarahkan anak-anak kecil supaya tidak mengerumuni makanan kerana takut mereka akan merosakkannya. Apabila makanan itu diatur panjangnya sejauh sebulan perjalanan dan lebarnya seperti itu juga.

Setelah semuanya siap lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Sulaiman A.S.:” Wahai Sulaiman, makhluk mana satukah yang akan memulai memakannya?”

Kata Nabi Sulaiman A.S. : Aku hendak menyuruh makhluk di laut dan di darat memakannya dahulu.”

Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan ikan besar menyertai undangan Nabi Sulaiman itu. Ikan besar itu pun datang ke tempat hidangan lalu berkata:” Wahai Sulaiman, Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberi rezekiku di tanganmu hari ini.”

Lalu Nabi Sulaiman A.S. berkata : “Ambillah dan makanlah makanan ini."

Ikan besar itu pun mula makan makanan yang dihidangkan dan belum sampai sesaat maka habislah semua makanan di telannya.

Setelah habis dimakan maka ikan itu berkata : “Wahai Nabi Sulaiman, berilah aku makan sampai kenyang,  sesungguhnya aku masih lapar lagi.”

Kemudian Nabi Sulaiman A.S. berkata : “ Apakah kamu belum kenyang dengan makanan yang kamu makan itu?”

Kata ikan besar itu : “Sebenarnya aku belum kenyang lagi.”

Sebaik sahaja Nabi Sulaiman mendengar kata-kata ikan itu maka Nabi Sulaiman A.S. pun terus sujud kepada Allah S.W.T. dengan berkata : “ Maha suci Dzat (Allah) yang telah menanggung rezeki  tiap-tiap makhluk yang diberi rezekinya sungguh dia tidak merasa.”

Sesungguhnya tidaklah layak seseorang itu mengatakan dia yang memberi rezeki  pada seseorang itu walaupun dia itu seorang bos sekalipun. Sebab Allah S.W.T. yang memberi rezeki pada makhluk yang diciptanya.

Kalau seseorang itu mengatakan dia yang memberi rezeki pada seseorang itu maka orang itu hendaklah dihantar ke tempat pemulihan otak, sebab rezeki dia sendiri pun Allah yang beri. Orang yang mencabar kekuasaan Allah ialah mereka yang tidak lagi berfikiran waras.

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan.

0 comments:

Post a Comment