Pada suatu masa
dahulu, seorang gadis bernama Cinderella tinggal bersama ibu tiri dan dua orang
kakak tirinya. Ibu tiri dan kakak tirinya tidak sukakan Cinderella. Cinderella
disuruh bekerja di dapur sepanjang hari.
Cinderella tidak
pernah membantah walaupun dia terpaksa membuat semua kerja di dalam rumah itu.
Kawan-kawannya hanyalah beberapa ekor tikus dan seekor kucing bernama comel.
Pada suatu hari,
mereka menerima satu jemputan dari istana. Raja menjemput semua gadis di
seluruh negeri untuk menghadiri suatu majlis tari-menari di istana.
Pada hari itu
kakak-kakak tirinya memakai gaun yang mahal dan cantik untuk ke istana.
Cinderella menangis kerena ditinggalkan. Tiba-tiba seorang pari-pari menjelma
di depan Cinderella.
Dengan sebatang
tongkat sakti, dia menukar sebiji labu menjadi sebuah kereta kuda yang indah,
tikus-tikus menjadi kuda dan come menjadi seorang pengawal yang segak.
Akhirnya, baju buruk
Cinderella ditukarkan menjadi sepasang gaun yang sangat cantik dan di kakinya
terdapat sepasang kasut kaca yang berkilauan.
“Ingat …. Kamu mesti
pulang sebelum pukul dua belas malam kerana sakti ini akan hilang selepas itu,” kata pari-pari.
Cinderella mengucapkan terima kasih kepada pari-pari dan terus menuju ke istana
dengan kereta kuda yang indah itu.
Di istana,
kejelitaan Cinderella menarik perhatian putera raja. Putera Raja mengajak
Cinderella menari. Cinderella berasa sungguh gembira kerena dapat menari dengan
Putera Raja. Dia terlupa ada pesanan pari-pari tadi. Apabila jam mula berbunyi …satu,
dua, tiga…..Cinderella baru teringat bahawa dia terpaksa pulang sebelum jam dua
belas malam!
Cinderella berlari
keluar dari pintu istana. Kasut kaca itu terlucut daripadakakinya tetai dia
tidak semat mengambilnya semula.
Cinderella meluru masuk ke dalam kereta kuda dan terus berlalu dari
situ. Putera Raja tidak dapat menahannya.
Tepat pukul dua belas
malam sakti pari-pari tidak ada lagi. Cinderella berbaju buruk kembali.
Pada keesokkan
harinya Putera Raja bertitah supaya gadis itu dicari di seluruh negeri. “ Beta
akan berkahwin dengan sesiapa yang dapat memakai kasut kaca ini,” kata Putera
Raja itu.
Cinderella di bawa
ke istana. Tidak lama kemudian Cinderella dan Putera Raja pun berkahwin.
Semenjak hari itu
Cinderella tidak lagi bertermu dengan ibu tiri dan kakak-kakak tirinya.
0 comments:
Post a Comment