KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -(Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:




ALLAHU    Ertinya Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:       
a)  Sesiapa yang membaca Ya Allah 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.




AR RAHMAANU      Ertinya Maha Pemurah. Pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha Pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.
KHASIATNYA:        
a)  Sesiapa yang membaca ( Ya Rahman) sebanyak 100 x setiap selesai mengerjakan solat fardu, Insya’Allah akan hilang daripada sifat lalai dan pelupa serta dia mempunyai hati yang pemurah.


AR RAHIIMU           Ertinya Yang Maha Penyayang. Pengurnia kenikmatan dan Maha Penyanyang ke atas hambaNya di alam akhirat.
KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang membaca (Ya Rahim) tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Rahim) 100x selepas mengerjakan fardu Subuh, Insya’Allah semua orang akan menyayangi dan menyukainya.
c)  Sesiapa yang takut terjatuh kepada sesuatu yang tidak diingininya, lalu berzikir dengan (Ya Rahman, Ya Rahim)  100x, insya’Allah dia akan diamankan daripada perkara yang tidak diingininya atau ditakutinya.


AL MALIKU             Ertinya Yang Maha Merajai. Mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya.

KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang membaca (Ya Malik) tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
b)  Sesiapa yang selalu menyebut (Ya Malik) yakni bila-ila masa, maka dia akan dihormati dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.


AL QUDDUUSU      Ertinya Yang Maha Suci. Maha suci dari segala cacat cela dan kekurangan.
KHASIATNYA:      
  a) Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini(Ya Quddus) pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.



AS SALAAMU          Ertinya Maha menyelamat. Pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya.
KHASIATNYA:        
a)  (Ya Salaam) Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat  kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.


AL MU'MINU           Ertinya Maha Pemelihara Keamanan
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibacakan akan khalimat ini (Ya Mu’min) sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.


AL MUHAIMINU     Ertinya Maha Memelihara.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang membaca (Ya Muhaimin) 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.



AL'AZIIZ                   Ertinya Maha Mulia
KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang berzikir(YA Aziz) sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan olehAllah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.


AL- JABBAARU      Ertinya Maha Perkasa.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari (Ya Jabbar) sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insya’Allah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.





AL MUTAKABBIRU         Ertinya Yang Maha Megah.Hanya Dia sendiri yang mempunyai sifat keagungan dan kemegahan.
KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang berzikir (Ya Mutakabbir) tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.



AL KHAALIQU         Ertinya Maha Pencipta.
KHASIATNYA:        
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Khaliq) waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..


AL BAARI-U             Ertinya Maha Pembuat.
KHASIATNYA:        
a) Barangsiapa yang berzikir  (Ya Baari) pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.



AL MUSHAWWIRU  Ertinya Maha Pembentuk.
KHASIATNYA:        
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Musawwir) sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.


AL GHAFFAARU     Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:        
a) Barangsiapa yang berzikir (Ya Ghaffar)  100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan. 



AL QAHHAARU      Ertinya Maha Menguasai.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca(Ya Qahhar) tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.


AL WAHHAABU      Ertinya Maha Pemberi.
KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang kekal mewiridkan (Ya Wahhaab) tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.


AR RAZZAQU          Ertinya Maha Pemberi Rezeki.
KHASIATNYA:        
a) Barangsiapa yang mengekalkan membaca (Ya Razzaq) tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.


AL FATTAHU         Ertinya Maha Membukakan.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca (Ya Fattah) tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.


AL'ALIIMU               Ertinya Maha Mengetahui.
KHASIATNYA:        
a)  Barangsiapa yang berzikir (Ya ‘Aliim)  tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
b)  Orang yang selalu membaca Zikir ini, Insya’Allah hatinya akan disinari cahaya “nur” yang suci.


AL QAABIDHU        Ertinya Maha Penggenggam. Mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca (Ya Qabidh) setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.


AL BAASITHU         Ertinya Maha Meluaskan.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca ( YA Basith) selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.


AL KHAAFIDHU     Ertinya Maha Menjatuhkan. Maksudnya menjatuhkan orang yang selayaknya dijatuhkan kerana kelakuannya sendiri, yakni dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila diamalkan (Ya Khafidh) setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
b)   Sesiapa yang membacanya 100 x insya’Allah akan mendapat keamanan daripada musuh.


AR RAAFI'U             Ertinya Maha Meninggikan
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca (Ya Rafi’) setiap hari terutama pada malam hari sebanyak  70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
b)  Sesiapa yang membacanya 100 x atau 40x setiap malam Isnin danmalam Jumaat, yakni selepas magrib atau Isyak, Insya’Allah jika diamalkan dengan berterusan dia akan memperolehi kehebatan di kalangan rakan-rakannya atau mesyarakat lainnya.
c)  Sesiapa yang membacanya 100 kali sehari semalam, insya’Allah darjatnya akan ditinggikan oleh Allah.


AL MU'IZZU             Ertinya Maha Memuliakan.
KHASIATNYA:        
a)  Sesiapa yang membaca (YA Mu’izz) 140 x selepas Isyak pada setiap malam Isnin dan Jumaat, insya’Allah dia akan menjadi mulia dalam pandangan orang lain dan begitu juga dia tidak ditakuti dalam pandangan orang lain, dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah S.W.T.


AL MUDZILLU         Ertinya Maha Menghinakan. Menghinakan musuh-musuhnya dan musuh umat Islam seluruhnya.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca (Ya Muzillu)sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.
b)  Sessiapa yang mempunyai wang pada yang membayar hutang, hendaklah dia memperbanyakkan membaca Ya Muzzilu ini, Insya’Allah orang yang berhutang itu akan insaf untuk membayar hutangnya.


AS SAMII'U               Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Sami’) 100 x pada hari Khamis, setelah mengerjakan solat Zuhur, kemudian dia menahan dirinya dari bercakap dengan sesiapa pun, maka Allah S.W.T. akan memenuhi segala hajatnya.


AL BASHIIRU          Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
b)  Sesiapa yang banyak membaca Ya Basir pada waktu siang dan malam, insya’Allah dia akan disembuhkan daripada lemah penglihatan.


AL HAKAMU            Ertinya Maha Menetapkan Hukum2 MakhlukNya.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.


AL'ADLU                  Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.


AL LATHIIFU          Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.


AL KHABIIRU         Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:     
a)   Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.


AL HALIIMU            Ertinya Maha Penyantun dan Penyabar.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.


AL'AZHIIMU            Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:        
a)  Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
b)  Sesiapa yang berulang kali membaca (YA Azim) insya’Allah dia akan memperolehi kemuliaan.
c)  Apabila orang sakit berzikir dengan menyebut Y Azim sebanyak 1020 x Insya’Allah penyakitnya akan sembuh. Kalau yang berzikir itu tidak mempunyai penyakit, Insya’Allah ia akan memperolehi kebesaran dan kemuliaan.
d)  Sesiapa yang berzikir dengannya sebanyak 7,000 x tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam selama 1 bulan, insya’Allah darjatnya akan naik dan memperolehi kelebihan yang anyak dann mendapatkan kesenangan dalam kehidupan dunia.


AL GHAFUURU      Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:        
a)   Sesiapa yang sakit kepala, demam atau sedang berdukacita, lalu membaca ( Ya Ghafur) dengan berulangkali, insya’Allah penyakit dan masalahnya akan hilang.
b)  Sesiapa yang berusaha mengamalkan atau membaca (Ya Ghafur) sebanyak-banyak mungkin setiap hari insya’Allah doa ddan permohonannya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
c)  Sesiapa yang membaca sebanyak 7,000n x setiap malam, Insya’Allah kesulitan dan kesukaran akan hilang.


ASY SYAKUURU     Ertinya YangMaha Mensyukuri.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila menuliskan (Ya Syakur) sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.


AL'ALIYYU               Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:        
a)   Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Aliy) insya’Allah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya akan terarah dan kalau dia sedang mengembara dkan selamat pulang ke kampungnya.


AL KABIIRU            Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca(Ya Kabir) dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Kabir) sebanyak 232 x setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardu, insya’Allah akan terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya . Dan jika ia orang yang mempunyai hutang, insya’Allah akan berkemampuan untuk membayar hutangnya.
c)     Sesiapa yang membaca (Ya Kabir) 100 x setiap hari, Insya’Allah dia akan mendapat kemuliaan.


AL HAFIIZHU        Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:       
a)   Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Hafiz) 16 x setiap hari, insya’Allah dia akan diselamatkan daripada malapetaka.


AL MUQI ITU           Ertinya Maha Mencukupi.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
b)    Sesiapa yang mempunyai anak yang berperangai buruk, lalu dia membaca Ya Muqit berulangkali ke dalam segelas air, kemudian memberi anaknya meminum ait itu, insya’Allah perangao anak itu akan berubah menjadi baik.


AL HASIIBU             Ertinya Maha Penjamin/penghitung.
KHASIATNYA:      
a)       Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
b)       Sesiapa yang merasa takut berlakunyan kecurian terhadap harta bendanya, takut hasad dengki orang terhadapnya, maka hendaklah dia membaca (Ya Hasib) 70 x mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Setelah membacanya 70 x hendaklah dia membaca: “ Allah lah sebaik-baik Penjamin”Insya’Allah jika ini diamalkan, terlepas daripada hal-hal yang menakutkan seperti atas.


AL JALIILU               Ertinya Yang Maha Luhur.
KHASIATNYA:        
a)   Apabila dibaca (Ya Jalil) setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.


AL KARIIMU            Ertinya  Maha Pemurah.
KHASIATNYA:       
a)  Barangsiapa yang mewiridkan (Ya Karim) pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.



AR RAQIIBU            Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Raqib) sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
b)    Barangsiapa yang kehilangan sesuatu perlu membaca zikir ini. Jika orang yang kehilagan sesuatu membaca Ya Raqib sebanyak 312 x setiap kali selepas mengerjakan solat fardu, insya’Allah barangnya yang hilang itu akan didapatinya semula atau ia akan diganti oleh Allah S.W.T.


AL MAJIIBU             Ertinya Yang Mengabulkan.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Mujib) setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Mujib) berulangkali, kemudian dia memohon apa yang dihajatinya itu kepada Allah S.W.T. insya’Allah akan dikalulkan oleh Allah S.W.T.


AL WAASI'U             Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:      
a)   Apabila dibaca (Ya Wasi’) setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.



AL HAKIIMU            Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:       
a)       Apabila dibaca(Ya Hakim) setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
b)       Sesiapa yang selalu menyebut Ya Hakim, insya’Allah dia tidak mengalami kesukaran dalam menjalankan tugas dan pekerjaannya.


AL WADUUDU         Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:        
a)   Apabila dibaca (Ya Wadud) setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
b)  Sesiapa yang membaca (Ya Wadud) 1,000 x setiap hari, insya’Allah diperbaiki segala urusannya, sama ada urusan keduniaan atau akhiratnya.


AL MAJIIDU             Ertinya Yang Maha Mulia .
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Majid) sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
b)    Sesiapa yang selalu menyebut (Ya Majid) , Allah S.W.T. akan menerangi hati dan jiwanya.


AL BAA'ITSU           Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:      
a)       Apabila dibaca (Ya Ba’its) sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah. 
b)       Orang yang selalu menyebut (Ya Ba’its), insya’Allah akan menjadi lebih takut dan kagum terhadap kekuasaan Allah S.W.T.


ASY SYAHIIDU        Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Syahid) setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
b)    Orang yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapanya perlu mengamalkan zikir ini. Sesiapa yang selalu membaca “AS-Syahid” terhadap anaknya yang nakal dan degil, insya’Allah anaknya itu akan mahu mengikut perintahnya.


AL HAQQU               Ertinya Maha Haq@ Benar.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
b)    Sesiapa yang kehilangan sesuatu, kemudian dia menyebut Ya Haq berulangkali, insya’Allah akan menjumpai barangnya yang hilang itu.


AL WAKIILU            Ertinya Maha Memelihara
 KHASIATNYA:     
 a)   Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca (Ya Wakil) khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.



AL QAWIYYU           Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:      
a)       Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.



AL MATIINU            Ertinya Maha Teguh.
KHASIATNYA:      
a)    Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca (Ya Matin) sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Matin) sebanyak 10 x kepada kanak-kanak kecil (lelaki dan perempuan), insya’Allah anak itu akan dipelihara daripada kejahatan zina.


AL WAALIYY            Ertinya Maha melindungi
KHASIATNYA:       
a)    Sesiapa yang membaca Ya Waliyy 1000 x pada malam Jumaat, insya’Allah dia akan di beriwilayah dan dihisab nanti dipadang masher dengan hisab yang mudah.


AL HAMIIDU            Ertinya Maha Terpuji.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Hamid) 100 x setiap kali selepas mengerjakan solat lima waktu, insya’Allah dia akan menjadi orang yang soleh.


AL MUHSHII            Ertinya Maha Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibacakan (Ya Muhsi) 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
b)    Sesiapa yang membaca Al- Muhshi 1,000 x insya’Allah akan mendapat kemudahan pada hari berhisab nanti.


AL MUBDI-U            Ertinya Maha Memulai.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk menjayakan segala yang dirancangkan,(Ya Mubdi’)  dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
b)    Sesiapa yangmembaca Ya Mubdi’ 470 x seorang peniaga atau pengusaha insya’Allah akan melihat hasil usahanya berkat mewiridkan nama Allah tersebut.


AL MU'IIDU             Ertinya Maha Mengulangi.
KHASIATNYA:      
a)       Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang,(Ya Mu’id)  dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
b)       Sesiapa yang membaca (Ya Mu’id) 70 x untuk seseorang yang jauh dari keluarganya, insya’Allah orang itu akan pulang dengan selamat.


AL MUHYI                 Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:      
a)     Apabila dibaca (Y a Muhyi) setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan meningkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
b)  Sesiapa yang (Ya Muhyi) sebanyak 68 x setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardu lima waktu, insya’Allah dikeluarkan dari badannya segala jenis penyakit.


AL MUMIITU            Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:     
a)    Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.


AL HAYYU                Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:       
a)  Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.


AL QAYYUUM          Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:       
a)  Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
b)  Sesiapa yang selalu membaca (Ya Qayyum) insya’Allah dia akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai.


AL WAAJIDU            Ertinya: MahaMendapat/Menemukan.
KHASIATNYA:      
 a)  Sesiapa yang menyebut(Ya Wajid) kepada tiap-tiap suap makanannya, insya’Allah akan di kuatkan hatinya.


AL MAAJIDU            Ertinya Maha Luas Kemuliaan.
KHASIATNYA:     
 a)   Apabila dibaca (Ya bMajid)  sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang terutama pelajar maka akan terang hatinya.Namun demikian pelajar tersebut belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.


AL WAAHIDU          Ertinya Maha Esa.
KHASIATNYA:        
a)   Apabila dibaca (Ya Wahid) setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
b)  Sesiapa yang membaca Ya Wahid berulang-ulang ketika seorang diri di tempat yang sunyi, Insya’Allah akan bebas daripada ketakutan serta kebingungan.


ASH SHAMADU       Ertinya Maha Diperlukan.
KHASIATNYA:      
a)    Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
b)    Sesiapa yang selalu menyebut (YA Somad) kebetulan dia orang yang kehilangan barang, Insya’Allah barang yang hilang itu akan kembali atau ditemukan semula.


AL QAADIRU           Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Qadir) sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
b)    Sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihatcita-citanya itu tercapai, maka hendaklah dia membaca Ya Qadir 305 kali setiap hari, insya’Allah hajat dan cita-citanya itu akan tercapai.


AL MUQTADIRU     Ertinya Maha Menentukan.
KHASIATNYA:      
a)       Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
b)       Sesiapa yang membaca Ya Muqtadir segala hajatnya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


AL MUQADDIMU    Ertinya Maha Mendahulukan.
KHASIATNYA:      
a)   Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca (Ya Muqaddim) setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.


AL MUAKHHIRU    Ertinya Maha Kemudian.
KHASIATNYA:       
a)  Barangsiapa yang membacanya (YA Muakhhir) tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.


AL AWWALU           Ertinya Maha Awal.
KHASIATNYA:      
a)   Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.



AL AKHIIRU             Ertinya Maha Penghabisan.
KHASIATNYA:      
a)       Apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
b)       Sesiapa yang membaca Ya Akhhir setiap selesai mengerjakan solat yang lima waktu, di abaca 200 x dan diamalkan selama satu bulan, maka Allah S.W.T. akan membuka pintu rezeki yang halal baginya.


AZH ZHAHIIRU       Ertinya Maha Zahir.
KHASIATNYA:      
a)       Agar terbukanya segala ilmu, dibaca (Ya Zahir) setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
b)       Sesiapa yang membaca Ya Zahir sebanyak 15 x selepas solat Jumaat, insya’Allah nur atau cahaya akan menerangi hatinya.


AL BAATHINU        Ertinya Maha Batin.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
b)    Sesiapa yang membaca Ya Batin 33 x setiap hari insya’Allah dijadikan ia dari golongan ahli yakin.


AL WALI            Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:       
a)    Agar terbuka hatinya, dibaca (Ya Wali) setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
b)    Sesiapa yang mengulang-ulang membaca (YA Wali) kemudian dia menghembuskan nafasnya kedalam rumah, Insya’Allah akan terpelihara keselamatan rumahnya.
c)     Sesiapa yang membaca Ya Wali, ketika diancam bahaya atau petir, Insya’Allah dia akan selamat daripadanya.


AL MUTA'AALII      Ertinya Yang Maha Tinggi/Suci.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Muta’ali) tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Muta’ali) sebanyakmungkin, maka jika dia menghadap raja atau pemimpin sebuah negeri, untuk sesuatu keperluan, insya’Allah akan berhasil.


ALBARRU                Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:      
a)     Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca (Ya Barr) sebanyak-banyaknya.
b)     Sesiapa yang membaca Ya Barr berulang x kepada anaknya, insya’Allah anaknya itu akan dijauhkan daripada sebarang kemalangan atau kecelakaan.


AT TAWWAABU      Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:      
a)       Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca (Ya Tawwab) setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
b)       Sesiapa yang membaca (YA Tawwab) selalu insya’Allah akan diterima taubatnya.


AL MUNTAQIMU     Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Muntaqim) selalu Insya’Allah akan dapat menewaskan musuh-musuhnya.


AL 'AFUWWU           Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:      
a)       Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya dan terhindar dari permusuhan.
b)       Sesiapa yang banyak membaca (YA ‘Afuww) insya’Allah akan diampuni segala dosanya.
c)       Sesiapa yang membaca Ya ‘Afuww 156 x insya’Allah dibebaskan ia dari hukuman, atau sekurang-kurangnya diringankan hukuman itu kepadanya.


AL RA’UF          Ertinya Yang Maha mengasihani
KHASIATNYA:        
a) Sesiapa yang selalu membaca Ya Ra’uf, maka dia akan dikasihi Allah S.W.T.
b) Sesiapa yang membaca Ya Ra’uf 10 x kemudian di abaca selawat 10 x, maka kalau dia sedang marah akan berkurangan kemarahannya dan kalau dia sedang dimarahi orang akan berkurangan marah orang itu kepadanya.
c) Sesiapa yang banyak berzikir membaca Ya Ra’uf, sama ada siang atau malam, maka sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan bersedia menolongnya.


AL MAALIKUL MULKI     Ertinya Maha Menguasai Kerajaan.
KHASIATNYA:      
a)    Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca (Ya Malikul Mulk) setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
b)    Sesiapa yan membaca (Ya Malikal Mulk) berulangkali, Insya’Allah dia akan dihormati orang.


DZUL JALAALI wal IKRAAMI    Ertinya Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk mendatangkan hajat, dibaca (Ya Zul Jalali Wal Ikram) setiap hari sebanyak 1065 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
b)    Sesiapa yang seslalu membaca (Ya ZalJalali Wal Ikram), insa’Allah dia akan mendapat kejayaan, jika dia sertakan dengan usaha yang gigih dan tekun)


AL MUQSITHU        Ertinya Maha Mengadili.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibaca (Ya Muqsit) 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah. 
b)    Sesiapa yang membaca Ya Muqsit setiap hari, Allah S.W.T. akan menjadikannya orang yang adil. Dia tidak berat sebelah atau curang dalam memberi hukuman, Insya’Allah.  


AL JAAMI'U             Ertinya Maha Mengumpulkan.
KHASIATNYA:      
a)       Barangsiapa yang membacanya (Ya Jami’) tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
b)       Sesiapa yang membaca (Ya Jami’) berulang-ulang insya’Allah dia akan menemuan barangnya yang hilang.
c)       Orang yang anaknya pergi merantau dan sudah lama tidak pulang atau tidak mahu pulang, perlu mengamalkan zikir ini, Apabila Ya Jami’ dibaakan sebanyak mungkin, insya’Allah anak jauh dirantau orang tidak tahu dimana tempatnya akan segera pulang.


AL GHANIYYU        Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA:       
a)    Apabila dibacakan (Ya Ghani) pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
b)    Sesiapa yang menbaca Ya Ghani 1,000 x setiap hari, insya’Allah beliau akan dikayakan dengan kurniaan Allah S.W.T.


AL MUGHNII           Ertinya Maha mengkayakan.
KHASIATNYA:      
a)   Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.


AL MAANI ' U        Ertinya Maha Menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:      
a)       Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan (Ya Mani’) setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
b)       Orang yang membaca (YA Mani’) insya’Allah ditegah daripada mudarat.



ADH DHAARU        Ertinya Maha MeMudharatkan.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca (Ya Dhar) setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
b)    Sesiapa yang membaca Ya Dhar 100 x setiap malam Jumaat, insya’Allah rahmat Allah akan menjadi lebih hampir kepadanya.


AN NAAFI ' U          Ertinya Maha Memberi Manfaat.
KHASIATNYA:       
a)  Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.


AN NUURU              Ertinya Maha Menerangi.
KHASIATNYA:       
a)  Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.


AL HADI           Ertinya Yang Maha Pemberi Petunjuk
KHASIATNYA:        
a)  Imam Ahmad bi  Ali Al – Buni mengatakan bahawa nama Allah ini zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kit abaca: (Ya Hadi Ihdini) insya’Allah seketika itu juga kita akan mendapatkan petunjuk dan kita akan dapat kembali kejalan yang kita lalui tadi. Sama ada kita tersesat di dalam kita besar yg belum pernah kita kenal, mahupun kita berada di tengah hutan yang banyak binatang yang merbahayakan. Inilah senjatanya, kita baca Ya Hadi Ihdini berulang-ulang, insya’Allah kita akan selamat berkat mengamalkan nama Allah ini.
b)  Sesiapa yang selalu menyebut Ya Hadi, Insya’Allah akan memperolehi pengetahuan rohani.


AL BADII ' U         Ertinya Maha Pencipta yang Baru.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
b)    Sesiapa yang membaca Ya Badi’ sebanyak 70 x insya’allah kesusahan nya akan hilang.


AL BAAQII               Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA:        
a)  Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma (Ya Baqi)ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.
b)  Sesiapa yang ragu-ragu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, maka dengan membaca (Ya Baqi) sebanyak 1,000 x antara magrib dan Isyak, insya’Allah akan dapat menolongnya untuk memilih mana yang betul, baik dan lebih sesuai.
c)  Sesiapa yang membaca Ya Baqi 100 x sebelum matahari terbit, isya’Allah akan tehindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya dan dosanya akan diampuni.
d)  Sesiapa yang membaca (Ya Baqi) 1,000 x insya’Allah akan dilepaskan daripada dukacita dan kemudaratan.


AL WAARITSU        Ertinya Maha Mewarisi.
KHASIATNYA:        
a)   Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca (Ya Warits) setiap  malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
b)  Sesiapa yang selalu membaca Ya Warits, insya’Allah akan panjang umurnya.


AR RASYIIDU           Ertinya Maha Pemberi Petunjuk.
KHASIATNYA:       
a)    Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca  Ya Rsyid) setiap pagi dan petang.
b)    Sesiapa yang membaca (Ya Rasyid) 1,000x antara Magrib dan Isyak, Insya’Allah kesusahannya akan hilang.


AS SABUURU           Ertinya Maha Penyabar.
KHASIATNYA:       
a)  Barangsiapa yang berzikir (Ya Sobur) sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

sumber: Buku ASMA UL HUSNA (Rahsia & Amalan 99 Nama Allah-Shahrin Jasah)

3 comments:

abdul said...

BERMANFAAT ,MAU TANYA KALAU NGAMALIN YAA ADHIIM 7000X, SIANG DAN MALAM ,BERARTI DALAM SEHARI SEMALAM JUMLAHNYA JADI 14000X? MOHON DI BALAS TERIMAKASIH

kreazikita said...

Terima kasih atas penjelasaannya, download juga wallpaper asmaul husna semoga dapat membuat memudahkan kita menghafalnya setiap saat:

http://kreazikita.blogspot.in/2015/06/kumpulan-gambar-asmaul-husna-part-10.html?m=1

Luky said...

Qobiltu

Post a Comment