Gambar Hiasan |
Imam Ahmad meriwayatkan suatu hadis dari Tariq bin Ayihab r.a.
bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada para sahabat:
“Ada seorang lelaki memasuki syurga disebabkan lalat dan ada pula
seorang lelaki memasuki neraka juga disebabkan lalat.”
Para sahabat bertanya, “ Bagaimana ianya boleh terjadi, ya
Rasulullah?”
Baginda menjawab: “ Dua orang melalui salah satu kaum yang
memiliki berhala. Dan kaum itu melarang sesiapa sahaja untuk meneruskan
perjalanan sebelum ia mengorbankan sesuatu untuk berhala tersebut.”
Mereka berkata kepada salah seorang daripada keduanya, “Sembelihlah
korban!”
Dia menjawab, “ Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikorbankan.”
Mereka berkata, “ Sembelihlah korban meskipun hanya seekor lalat.”
Maka mereka memberi keizinan kepadanya untuk meneruskan
perjalanan. Itulah orang yang memasuki Neraka.
Kemudian mereka berkata kepada yang seorang lagi, “ Sembelihlah
korban!”
Dia menjawab, “ Aku tidak mahu berkorban apa-apa pun untuk
sesiapa saja selain Allah Azza Wa Jalla.”
“ Lalu mereka memenggal lehernya. Itulah orang yang memasuki
Syurga.”
Kisah ini memberi peringatan kepada kita bahawa menyembelih
korban hanyalah untuk Allah semata-mata. Korban selain itu hukumnya adalah
syirik.
Sumber: Buku 87 Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment