Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “
Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu ada di Mekah, lalu Jibrail turun
dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam. Selepas itu, dia datang
dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas yang telah dipenuhi
dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan kedalam dadaku.
Kemudian Jibrail menutupnya kembali, lalu dipegangnya tanganku dan mengajak aku
mengikutnya.
Jibrail membawa aku naik ke langit dunia yang nampak pada
pandangan kita ini. Lalu Jibrail berkata kepada penjaga langit dunia, “ Bukalah
pintu langit ini.” Penjaga pintu langit bersuara, “ Siapakah ini?” Lalu Jibrail
menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada
orang lain bersama kamu.?” Jibrail menjawa,” Ya ada, yang bersama dengan ku ialah
Nabi Muhammad S.A.W. Bertanya lagi
penjaga pintu langit “ Apakah Nabi Muhammad S.A.W. telah diperintahkan untuk
mengadapNya?” Jawab Jibrail,” Ya “
Setelah penjaga itu membuka pintu langit, maka Jibrail dan Nabi
Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ,nampaklah seorang lelaki sedang
duduk. Di sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan sebelah kirinya juga ada
sekumpulan manusia. Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau
dia memandang kekiri dia menangis!. Orang itu lalu mengucapkan padaku “
Marhaban” ertinya bergembira sekali dengan kedatangan kamu ialah seorang nabi
yang soleh dan putera yang soleh.
Aku bertanya kepada Jibrail,” Siapakah orang ini?” Jawab
Jibrail, “ Dia adalah Nabi Adam dan kelompok manusia yang ada di sebelah kanan
di antara mereka itu ahli syurga dan sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu
adalah ahli neraka. Sebab itulah apabila dia memandang kekanan dia ketawa dan
apabila dia memandang ke kiri dia menangis!”
Demikianlah sehingga Jibrail membawa aku naik ke langit kedua.
Apabila sampai pada langit ke dua, Jibrail berkata kepada penjaga langit, “
Bukalah pintu ini.” Penjaga langit berkata seperti apa yang dikatakan oleh penjaga
langit pertama, kemudian barulah dia membuka pintu langit tersebut. Tiba-tiba
aku bertemu dengan dua orang anak pakcikku iaitu Nabi Isa anak Maryam dan Nabi
Yahya bin Zakaria A.S. Keduanya mengucap selamat datang kepadaku serta mendoakan
semoga aku beroleh kebaikan.
Kemudian aku di bawa lagi oleh Jibrail naik ke langit ketiga.
Jibrail meminta dibukakan pintunya. Penjaga pintu bertanya, “Siapa kamu?” Jawab
Jibrail, “ Aku Jibrail.” Penjaga pintu langit bertanya lagi , “ Siapa bersama
kamu?” Jibrail menjawab, “ Nabi Muhammad S.A.W. “ Penjaga pintu langit bertanya
lagi, “ Apakah dia sudah diutus?” “Ya, dia sudah diutus,” Jawab Jibrail.
Kemudian barulah pintu langit ketiga dibuka.
Sebaik saja pintu langit dibuka, aku bertemu dengan Nabi Yusuf
A.S. Kecantikannya seperdua dari kecantikan yang ada Dia mengucapkan selamat
datang kepadaku dan mendoakan aku beroleh kebaikan. Sesudah itu aku di bawa
lagi kelangit keempat.
Setelah sampai ke langit yang keempat, Jibrail A.S. meminta
penjaga langit yang keempat membuka pintu langit, lalu penjaga pintu langit
bertanya, “Siapa Kamu?” Jibrail menjawab, “ Aku Jibrail.” Penjaga pintu langit
bertanya lagi, “ Siapa bersama kamu?” Jibrai menjawab,” Nabi Muhammad S.A.W.
bersamaku.” Penjaga pintu langit bertanya
lagi, “ Apakah dia sudah diutus?” “Ya,” Jawab Jibrail A.S. Setelah itu barulah
pintu langit dibuka. Apabila dibuka saja pintu langit, aku bertemu dengan Nabi
Idris A.S. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku serta mendoakan aku
memperolehi kebaikan. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Maryam ayat 57 yang
maksudnya: “ Kami naikkan dia (Idris) ketempat yang tinggi.” Kemudian Jibrail
A.S. membawaku naik ke langit yang kelima.
Setelah sampai kelangit yang kelima, soalan yang sama ditanya
oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang sama oleh Jobrail.
Setelah pintu langit dibuka, Aku melihat Nabi Harun A.S. dan dia mengucapkan
selamat datang kepadaku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan. Kemudian
aku di bawa oleh Jibrail ke langit ke enam.
Setelah sampai pada langit yang keenam maka soalan yang sama
ditanya oleh penjaga pintu langit dan jawapan yang sama dijawab oleh Jibrail
A.S. Setelah pintu langit dibuka, aku melihat Nabi Musa A.S. dan dia
mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke langit yang ketujuh.
Setelah sampai pada langit yang ke tujuh, maka soalan yang sama
ditanya oleh penjaga pintu langit dan dijawab dengan jawapan yang sama oleh
Jibrail A.S. Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S.
sedang bersandar pada Baitul Makmur di mana 70,000 malaikat setiap hari masuk
kedalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ. Kemudian Jibrail
A.S. membawa ku ke Sidratul Muntaha, lalu mendapatkan sebatang pohon yang
daunnya seperti telinga gajah dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali dia
tertutup dengan kehendak Allah S.W.T. dia
berubah hingga tidak satupun makluk Allah sanggup mengungkap keindahan nya.
Lalu Allah S.W.T. menurunkan wahyu kepada ku mewajibkan solat 50 kali sehari.
Sesudah itu aku turun ke tempat Nabi Musa A.S. dan Nabi Musa
bertanya, “ Apakah yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?” Solat 50
kali,” jawab ku. Maka berkata Nabi Musa, Kembalilah ke Tuhanmu, mintalah keringanan
sebab umatmu tidak sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap
Bani Israil. “ Kata Rasulullah S.A.W.., “ Baiklah, aku kembali kepada Tuhan ku
untuk mendapatkan keringanan kapada umatku.”
Maka Allah menguranginya lima, maka aku kembali kepada Musa A.S.
dan kataku, “ Allah S.W.T. mennguranginya lima.” Maka kata Nabi Musa, “ Umatmu
tidak akan sanggup menunaikan sebanyak itu. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan
mintalah keringanan untuk umatmu.”
Kata Rasulullah S.A.W. selanjutnya, Aku berulang-ulang pulang
pergi antara Tuhanku Tabaraka wa Ta’ala dengan Nabi Musa A.S. sehingga akhirnya
Allah S.W.T. berfirman, “ Kesimpulannya ialah lima kali sehari semalam. Bagi
setiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh kali solat, maka jumlah
nilainya 50 juga.”
“Dan sesiapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan tetapi
tidak dilaksanakannya, maka dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan.
Apabila dilaksanakan maka ditulisnya sepuluh kebajikan. Dan sesiapa yang
bermaksud hendak berbuat kejahatan tetapi tidak dilaksanakannya, maka tidak
akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya kejahatan itu, maka
akan ditulis baginya Cuma satu kejahatan.”
Sesudah aku turun kembali bertemu Nabi Musa A.S. lalu
kuceritakan kepadanya apa yang difirmankan oleh Tuhanku itu. Kata Nabi Musa, “Kembalilah
kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan..” Maka jawab Rasulullah, “ Aku telah
berulang alik kembali kepada Tuhanku meminta keringanan sehingga aku merasa
amat malu kepadaNya.”
Begitulah cerita bagaimana terjadinya sembahyang 5 waktu.
Sumber Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
1 comments:
Terimaksih infonya sangat bermanfaat sekali .
Obat Infeksi Lambung Pada Anak
Post a Comment