gambar hiasan |
Telah berkataq Mu’adz r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. katanya: “ Aku akan
menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh
mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna
bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu
disisi Allah S.W.T. pada hari kiamat.” Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “
Sesungguhnya Allah S.A.W. telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit
dan bumi, setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya
dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seorang hamba itu dari
pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan
bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal
seorang hamba itu cukup baik dan banyak, tiba-tiba malaikat berkata, “ Berhenti
dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan
padamu, aku bahagian ghibah, sedang dia selalu menggibah orang-orang muslim kerana
itu aku tidak mengizinkan dia melintasi tempat ini kepada lain-lain ku. Lalu
malaikat Hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya
terang sehingga sampai kelangit kedua. Malaikat berkata,” Berhenti! Dan lemparkan
amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah S.W.T. tidak mengampunkan
baginya sebab dia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat
tersebut ,” Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan
amalnya melintasi daripadaku.”
Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi
dengan sedekah dan sembahyang, sampai kagum malaikat Hafadhah. Apabila sampai
kepada langit yang ketiga, maka berkata malaikat di situ,” Berhenti! Dan lemparkan
amal orang itu ke mukanya dan katakana bahawa Allah tidak mengampunkan baginya”.
Kata malaikat itu lagi, “ Aku adalah bahagian sombong, dan setiap orang yang
beramal tetapi menyombongi orang-orang di majlis-majlis mereka, maka Allah
S.W.T. telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang itu melebihiku kepada
yang lain.
Kemudian malaikat Hafadhah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan
bintang kerana dia bertasbih dan berpuasa, apabila telah sampai pada langit
yang keempat, lalu berkata malaikat di situ,” Berhenti! Dan lemparkan amal
orang itu ke mukanya dan katakan padanya Allah S.W.T. tidak mengampunkan
baginya.” Kata malaikat itu lagi, “ Aku adalah bahagian bangga diri, Allah
S.W.T. telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku
kepada yang lain. Lalu dilemparkan amal orang itu ke mukanya dan disertai
dengan kutukan laknat selama tiga hari,
Setelah itu naik pula malaikat Hafadhah yang lain dengan membawa amal
hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada
isterinya lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihad sembahyang,
lalu berkata malaikat yang bertugas di situ’ “ Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan
atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana
Allah S.W.T. dia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka, di
pilulkan dia atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.”
Kemudian datang lagi malaikat Hafadhah yang lain dengan membawa amal
hamba yang dilengkapi dengan wuduk dan sembahyang malam yang banyak apabila
sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas disitu
katanya, “ Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya.” Kata malaikat
itu lagi, “ Aku malaikat bahagian rahmat, orang itu tidak mempunyai rasa rahmat
pada sesiapapun, bahkan bila dia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa
atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu. Dan Allah S.W.T. telah
menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampaui aku.”
Datang malaikat Hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh
dengan kejujuran dan kerajinan dan wara’ serta bercahaya bagaikan kilat,
setelah sampai pada langit yang ketujuh, maka berkata malaikat yang bertugas di
situ,” Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya,
aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yang bukan kerana
Allah S.W.T. sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di
kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya tidak
melepaskan amal itu melebihi daripadaku.
Kemudian datang malaikat Hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba
yang berhias dengan akhlak dan diam serta dengan zikir yang banyak dihantar oleh
malaikat sehingga sampai di bawah Arsy, lalu mereka bersaksi atas semua amal
itu, lalu Allah S.W.T. berfirman,” Kamu mencatat amal hambaKu dan Aku yang
mengawasi hatinya, dia tidak beramal untuk keredhaan Ku, dia beramal untuk
selain Ku maka dia mendapat laknat( kutukan Ku).”Kata semua malaikat yang
menyaksikan tadi,” Memang selayaknya dia mendapat laknatMu dan laknat kami.”
Kata penduduk langit, “ Dia mendapat laknat Allah S.W.T. dan laknat tujuh
petala langit dan bumi serta laknat kami.”
Setelah mendengar apa yang Rasulullah S.A.W. ceritakan itu maka Mu’adz
pun menangis dan dia bertanya,” Ya Rasulullah S.A.W. , apakah yang harus aku
buat?” Rasulullah S.A.W. berkata, “ Hai Mu’adz ikutilah jejak nabimu dan
teguhkan keyakinanmu walau pun amalmu kurang, hentikan lidahmu dari
berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan
jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain (Yakni jika kamu bersalah
jangan menuduh orang lain) jangan memuji-muji dirimu dengan menjelekkan orang
lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan
beramal untuk dilihat atau dipuji orang.”
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah
Teladan
0 comments:
Post a Comment