Alkisah, pada suatu hari Umar r.a. mendapatkan Rasulullah sambil
menangis, maka lalu bertanya Rasulullah S.A.W. “ Wahai Umar, apakah yang
membuat engkau sehingga menangis?” Jawab Umar, “ Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang telah
membakar hatiku.” Kata Rasulullah, “ Ya Umar, bawalah dia masuk. “ Lalu Umar
membawa pemuda itu masuk sambil menangis.
Tanya Rasulullah, “ Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau
menangis?” Jawab pemuda itu, “ Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang
besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T. yang sangat murka kepadaku.” Tanya Rasulullah lagi, “ Adakah kamu membunuh
jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?” Jawab pemuda itu, “ Tidak, ya
Rasulullah.”
Sabda Rasulullah,” Maka Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa kamu
walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit. Kata pemuda itu,
“ Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit,
bumi dan bukit-bukitnya.”
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?” Jawab pemuda itu, “ Dosaku lebih besar.”
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu lebih besar dari
Arsy? Jawab pemuda itu, “ Dosaku lebih
besar.” Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu lebih besar dari
dimaafkan oleh Allah?” Maka jawab pemuda itu, Maafnya lebih besar.” Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda, “
Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah
yang Maha Besar, yang besar keampunannya.”
Maka Rasulullah berkata, “ Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang
telah engkau lakukan?” Jawab pemuda itu,
“ Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.”
Rasulullah bertanya dengan kuat, “ Beritahu aku apakah dosamu itu?”
Jawab pemuda itu, “ Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai pengali kubur.
Aku telah melakukan kerja mengali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari,
aku menggali kubur seorang gadis dari Kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain
kafannya, maka aku tinggalkan dia.”
“ Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana
tidak dapat menahan nafsu, aku kembai kepada mayat tersebut lalu akupun
menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum
jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, “ Celaka
betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan
membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim
akan dituntut oleh yang teraniaya ! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan
aku kepada Allah S.W.T. dalam keadaan junub!”
Apabila Rasulullah selesai mendengar ketetangan dari pemuda tersebut,
maka dengan segera Rasulullah bangun sambil berkata, “ Hai orang yang fasik!,
memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah
pemuda itu.
Selama 40 Hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam
yang ke 44, dia memandang ke langit sambil berdoa, “ Ya Allah, Tuhan kepada
Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka
beritahulah Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya.
Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di
dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”
Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan
Rasulullah. Selepas memberi salam Jibrail berkata, “ Wahai Muhammad, Tuhanmu
memberi salam kepadamu. “ Jawab Rasulullah S.A.W. , “ Ialah Assalam dan
daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan.”
Kata Jibrail, “ Allah S.W.T. bertanya, apakah kamu yang menjadikan
makhluk?” Jawab Rasulullah S.A.W., “ Allahlah yang menjadikan segala makhluk.”
Tanya Jibrail lagi, “ Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?”
Jawab Rasulullah S.A.W., “ Allahlah yang memberi rezeki kepada aku dan
makhluk-makhluk yang lain.”
Kata Jibrail lagi, Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?” Jawab
Rasulullah S.A.W. , “ Dia Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.”
Maka Jibrail berkata lagi, “ Allah berfirman, maafkanlah hambaku itu
kerana Allah telah memaafkannya.”
Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya
bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.
Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment