KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


Pada suatu ketika dahulu, tinggal seorang saudagar bersama tiga orang anak perempuannya. Kedua anak sulungnya sangat tamak dan kedekut manakala anak bongsunya bersifat lembut dan jelita. Ia di panggil Si Cantik.
 
Pada suatu hari saudagar itu hendak pergi melawat kapalnya yang berlabuh di sebuah perlabuhan yang jauh. Sebelum bertolak saudagar itu bertanyakan barang-barang yang mereka sukakan. Kedua anak sulung meminta baju dan barang-barang yang cantik. Manakala Si Cantik hanya meminta sekuntum bunga ros.

Malangnya, saudagar itu mengalami kerugian. Kapalnya tenggelam bersama barang-barang yang dibawa. Saudagar itu pulang dengan hati yang sedih.

Dalam perjalanan pulang ia ditimpa hujan lebat. Maka ia terpaksa mencari tempat untuk berteduh.


Saudagar itu ternampak sebuah istana. Ia masuk ke dalam dan terjumpa makanan tersedia di atas meja. Saudagar itu makan kerana terlalu lapar. Kemudian ia terjumpa katil lalu tidur di atasnya.

Pada keesokan harinya, saudagar itu bersiar-siar di taman lalu menjumpai pokok bunga ros yang subur. Dia teringat dengan permintaan anak bongsunya lalu memetik sekuntum bunga ros itu.

“ Kau yang tidak bertimbang rasa!” Terdengar suara orang marah dari belakang.

Ia berpaling dan terkejut melihat seorang makhluk yang berbadan manusia tetapi mukanya menyerupai binatang.

“Kau telah menghabiskan makanan dan tidur di atas katilku!” sambung Si Hodoh itu. “ Dan sekarang kau memetik bungaku.”

“Maafkan aku,” saudagar itu merayu. “ Aku akan mengantikan seberapa yang boleh.”

“ Kalau begitu, hantar seorang anak kau untuk menjaga rumahku!” tuntut Si Hodoh.

Saudagar itu segera pulang dan menceritakan kepada anak-anaknya apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Dia baru kehilangan harta dan sekarang ia akan kehilangan seorang anak perempuan.

Setelah mendengar kisah ayahnya yang sedih, Si Cantik menawarkan diri untuk menjaga rumah Si Hodoh itu.


Apabila Si Hodoh terpandang Si Cantik, ia jatuh cinta dengannya. Ia memberi layanan yang baik dengan menyediakan sebuah bilik yang cantik dan sebuah cermin ajaib. Tetapi Si Cantik menolak apabila Si Hodoh menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.
twilightrosefan - beauty-and-the-beast Photo


Beberapa hari berlalu, Si Cantik sedang memandang cermin ajaib lalu terpandang ayahnya sakit kuat. Si Cantik meminta kebenaran dari Si Hodoh untuk pulang dan merawat ayahnya.

Si Hodoh memberi sebentuk cincin ajaib kepada Si Cantik untuk menolongnya pulang dengan selamat. Si Hodoh juga meminta Si Cantik kembali dalam tujuh hari. Kalau tidak, Si Hodoh akan mati. Si Cantik berjanji untuk datang kembali dalam masa itu.

Ayah Si Cantik gembira melihat anaknya pulang. Beberapa hari kemudian ia sembuh dari sakitnya. Oleh kerana terlalu gembira bersama keluarga Si Cantik dengan janji Si Hodoh.

Setelah seminggu ia  berada di rumah ia telah bermimpi. Dalam mimpinya ia ternampak Si Hodoh hampir mati. Pada keesokan hari ia pulang ke istana.


Setibanya di istana, ia mencari si Hodoh di merata tempat. Akhirnya ia menjumpai Si Hodoh di taman dalam keadaan tenat.

Baru ia sedar ia mencintai orang bermuka hodoh itu. Dengan suara perlahan ia berkata, “ Jangan tinggalkan aku, aku ingin mengahwini engkau, engakau adalah seorang yang baik.

Setelah mendengar kata-kata Si Cantik, Si Hodoh mula berubah. Dengan sekelip mata ia telah berubah menjadi seorang putera raja yang kacak.

Putera raja itu menceritakan bahawa ia telah disihirkan menjadi hodoh oleh seorang perempuan sihir. Hanya gadis yang benar-benar cintakannya dapat menukar keadaannya.

Kesudahannya putera raja itu  berkahwin dengan Si Cantik. Perkahwinan mereka sungguh meriah dan riang. Si Cantik mengajak ayah dan kakak-kakaknya tinggal bersama di istana dan mereka hidup gembira.

1 comments:

Unknown said...

assalamulaikum

Post a Comment