Pada suatu ketika
dahulu, tinggal seorang saudagar bersama tiga orang anak perempuannya. Kedua
anak sulungnya sangat tamak dan kedekut manakala anak bongsunya bersifat lembut
dan jelita. Ia di panggil Si Cantik.
Pada suatu hari saudagar
itu hendak pergi melawat kapalnya yang berlabuh di sebuah perlabuhan yang jauh.
Sebelum bertolak saudagar itu bertanyakan barang-barang yang mereka sukakan.
Kedua anak sulung meminta baju dan barang-barang yang cantik. Manakala Si
Cantik hanya meminta sekuntum bunga ros.
Malangnya, saudagar itu
mengalami kerugian. Kapalnya tenggelam bersama barang-barang yang dibawa.
Saudagar itu pulang dengan hati yang sedih.
Dalam perjalanan pulang
ia ditimpa hujan lebat. Maka ia terpaksa mencari tempat untuk berteduh.
Saudagar itu ternampak
sebuah istana. Ia masuk ke dalam dan terjumpa makanan tersedia di atas meja.
Saudagar itu makan kerana terlalu lapar. Kemudian ia terjumpa katil lalu tidur
di atasnya.
Pada keesokan harinya,
saudagar itu bersiar-siar di taman lalu menjumpai pokok bunga ros yang subur.
Dia teringat dengan permintaan anak bongsunya lalu memetik sekuntum bunga ros
itu.
“ Kau yang tidak
bertimbang rasa!” Terdengar suara orang marah dari belakang.
Ia berpaling dan
terkejut melihat seorang makhluk yang berbadan manusia tetapi mukanya
menyerupai binatang.
“Kau telah menghabiskan
makanan dan tidur di atas katilku!” sambung Si Hodoh itu. “ Dan sekarang kau
memetik bungaku.”
“Maafkan aku,” saudagar
itu merayu. “ Aku akan mengantikan seberapa yang boleh.”
“ Kalau begitu, hantar
seorang anak kau untuk menjaga rumahku!” tuntut Si Hodoh.
Saudagar itu segera
pulang dan menceritakan kepada anak-anaknya apa yang telah berlaku ke atas
dirinya. Dia baru kehilangan harta dan sekarang ia akan kehilangan seorang anak
perempuan.
Setelah mendengar kisah
ayahnya yang sedih, Si Cantik menawarkan diri untuk menjaga rumah Si Hodoh itu.
Apabila Si Hodoh
terpandang Si Cantik, ia jatuh cinta dengannya. Ia memberi layanan yang baik
dengan menyediakan sebuah bilik yang cantik dan sebuah cermin ajaib. Tetapi Si
Cantik menolak apabila Si Hodoh menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.
Beberapa hari berlalu,
Si Cantik sedang memandang cermin ajaib lalu terpandang ayahnya sakit kuat. Si
Cantik meminta kebenaran dari Si Hodoh untuk pulang dan merawat ayahnya.
Si Hodoh memberi
sebentuk cincin ajaib kepada Si Cantik untuk menolongnya pulang dengan selamat.
Si Hodoh juga meminta Si Cantik kembali dalam tujuh hari. Kalau tidak, Si Hodoh
akan mati. Si Cantik berjanji untuk datang kembali dalam masa itu.
Ayah Si Cantik gembira
melihat anaknya pulang. Beberapa hari kemudian ia sembuh dari sakitnya. Oleh
kerana terlalu gembira bersama keluarga Si Cantik dengan janji Si Hodoh.
Setelah seminggu ia berada di rumah ia telah bermimpi. Dalam
mimpinya ia ternampak Si Hodoh hampir mati. Pada keesokan hari ia pulang ke
istana.
Setibanya di istana, ia
mencari si Hodoh di merata tempat. Akhirnya ia menjumpai Si Hodoh di taman
dalam keadaan tenat.
Baru ia sedar ia
mencintai orang bermuka hodoh itu. Dengan suara perlahan ia berkata, “ Jangan
tinggalkan aku, aku ingin mengahwini engkau, engakau adalah seorang yang baik.
Setelah mendengar
kata-kata Si Cantik, Si Hodoh mula berubah. Dengan sekelip mata ia telah
berubah menjadi seorang putera raja yang kacak.
Putera raja itu
menceritakan bahawa ia telah disihirkan menjadi hodoh oleh seorang perempuan
sihir. Hanya gadis yang benar-benar cintakannya dapat menukar keadaannya.
Kesudahannya putera raja
itu berkahwin dengan Si Cantik.
Perkahwinan mereka sungguh meriah dan riang. Si Cantik mengajak ayah dan
kakak-kakaknya tinggal bersama di istana dan mereka hidup gembira.
1 comments:
assalamulaikum
Post a Comment