KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
gambar hiasan


Pada suatu hari Abi Qalabah r.a. melihat dalam mimpinya seolah-olah ada kubur pecah dan keluar mayat-mayat dari dalam kubur itu. Kesemua mereka duduk di tepi kubur dan setiap mereka terdapat nur di wajah masing-masing.

Di antara mereka, dia terlihat seorang lelaki dari tetangganya yang tidak mempunyai nur di wajahnya, lalu dia berkata kapadanya, “ Aku tidak melihat nur di mukamu.

Maka berkata mayat, “ Sesungguhnya bagi mereka anak-anak dan teman-teman mereka memberi petunjuk dan sedekah. Dan nur ini adalah dari apa yang dia telah beri petunjuk kepadanya dan aku tidak mempunyai anak yang soleh. Dia tidak mendoakan untukku dan tidak bersedekah untukku. Oleh sebab itu, dalam hal ini  tidak ada nur bagiku dan aku rasa malu terhadap tetangga-tetanggaku.”

Apabila Abi Qalabah sedar dari mimpinya, maka diapun memanggil anak orang itu dan menceritakan hal yang dilihatnya.

Maka berkata anak orang yang mati itu, “ Aku bertaubat di hadapanmu dan aku tidak akan mengulangi apa yang ada pada diriku untuk selama-lamanya.” Maka sejak hari itu anaknya sentiasa berbuat taat, berdoa dan bersedekah untuk ayahnya.

Setelah sekian lama masa berlalu, suatu ketika Abi Qalabah melihat kejadian yang lain dalam mimpinya. Dia melihat nur di muka orang itu lebih terang dari nur temannya.

Dia berkata, “ Wahai Abi Qalabah, semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan. Engkau telah amankan aku dari malu terhadap tetanggaku.”

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan

0 comments:

Post a Comment