Rasulullah S.A.W. telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda
Rasulullah S.A.W. “ Wahai Iblis ! Apabila umatku berpuasa dengan nama Allah,
apakah rasa engkau?” Kata Iblis :” Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat
besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan
memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi dan semua malaikat akan menyambut
dengan kesukaan. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah
S.W.T. dan Allah S.W.T. akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan
digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya
selama dia berpuasa. Yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi
langit, bulan, bintang, malaikat, burung-burung, ikan-ikan di laut dan
ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini
semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.
Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang-orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah
S.W.T. tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka
dan ditutupkan segala pintu neraka serta dibukakan semua pintu-pintu syurga
yang lapan. Dan bertiupnya angin yang di bawah Arasy yang bernama angin Syirah.
Angin yang sangat lembut melalui ke dalam syurga, maka pada hari bermulanya
umat tuan hamba berpuasa itu, akan datang malaikat dengan garangnya tiada
terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah S.W.T. berserta
dengan segala bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan dan ifrit, lalu
dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekalian
dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka
hamba terpaksa menunggu sehingga selesai umat tuan hamba dari berpuasa dan
selepas itulah baru hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan
umat tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.
Sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam
seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain.
Saudara-saudaraku gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia ini untuk
kita mengadapkan diri kita kepada Allah S.W.T. yang mana dalam bulan ini
kesemua pengacau kita kan dirantai, supaya kita dapat melakukan amal ibadat
dengan baik dan janganlah kita gunakan bulan ramadhan untuk mengikut tabiat
pengacau-pengacau yang dirantai itu. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan menguatkan
iman kita beribadat dengan penuh khusyuk serta bertawaduk kepada Allah S.W.T.
Bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali dan kedatangannya itu tidak menjamin
kita akan tetap berjumpa dengannya setiap tahun, mungkin ini adalah tahun yang
terakhir kita akan bertemu dengan bulan yang mulia ini, oleh itu janganlah
sekali-kali kita mensia-siakan bulan yang mulia ini.
0 comments:
Post a Comment