KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

Little Red Riding Hood


Pada suatu masa dahulu, seorang budak perempuan tinggal bersama ibunya di hutan. Dia selalu memakai sehelai hud (tudung) yang berwarna merah setiap kali dia keluar dari rumah. Oleh sebab itu, ibunya memanggilnya “Si Comel Berhud Merah.”

Pada suatu hari, dia meminta izin ibunya untuk membawa makanan untuk neneknya yang tinggal jauh di dalam hutan. Neneknya sedang sakit dan tentu akan berasa gembira melihatnya.

Ibunya berpesan, “ Jangan behenti dan bercakap dengan sesiapa dalam perjalanan nanti.”
Si Comel Berhud Merah berjanji akan kembali dengan segera. Dia berjalan dengan pantas tetapi berhenti untuk memetik bunga-bunga untuk neneknya.

Little Red Ridinghood

Tiba-Tiba, seekor serigala muncul dan berkata,” Apa khabar, cik adik? Kemana kamu hendak pergi pada hari yang ceria ini?”
Si Comel Berhud Merah berkata,”Saya hendak melawat nenek saya yang sedang sakit. Dia tinggal jauh di dalam hutan.

Little Red Ridinghood

Serigala mengucapkan selamat tinggal dan berlari kearah rumah neneknya. Ia mengetuk pintu dan meniru suara Si Comel Berhud Merah.

Nenek, Nenek,” ia berkata, “ Saya ada makanan dan bunga-bunga yang cantik untuk nenek.”

Little Red Ridinghood

“ Pintu tak berkunci “ kata nenek. Apabila nenek nampak serigala itu, dia melompat dari katil dan bersembunyi di dalam almari.
Serigala segera memakai baju tidur dan cermin mata nenek. Kemudian, ia menutup badannya dengan selimut.

at grandma's house

Tidak lama kemudian, ian terdengar Si Comel Berhud Merah mengetuk pintu dan memanggil neneknya.Serigala menjawab, “ Bukalah pintu dan silakan masuk, sayang.” Si Comel Berhud Merah masuk ke dalam rumah neneknya. Dia lihat rupa neneknya sangat ganjil.

Little Red Riding Hood


“Nenek, telinga nenek sungguh besar sekali!” dia berkata.
“Supaya senang untuk mendengar suaramu, sayang,” serigala itu berkata.
“ Nenek, mata nenek sungguh besar sekali!” dia berkata.
“Supaya senang untuk melihat rupamu, sayang,” serigala berkata.
“Gigi nenek sungguh tajam sekali!” dia berkata.
“ Supaya mudah untuk makan kamu!” kata serigala lalu melompat dari katil itu.
Little Red Ridinghood

Si Comel Berhud Merah menjerit ketakutan dan berlari dari situ.

Seorang pemotong kayu yang berada tidak jauh dari rumah itu terdengar jeritannya. Dia terus masuk ke rumah itu dengan kapaknya dan menangkap itu.
Little Red Ridinghood

Kemudian, mereka terdengar suara nenek memanggil dari dalam almari. Apabila dia keluar dari situ, dia terus memeluk cucunya.
Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa kami,” kata nenek kepada pemotong kayu.” Kita tidak akan melihat serigala yang jahat itu lagi di kawasan ini.”

Si Comel Berhud Merah berkata, “ Saya menyesal kerana tidak mendengar pesanan ibu . Saya tidak boleh bercakap dengan siapa yang saya tidak kenali. Lain kali saya mesti lebih berhati-hati.”

0 comments:

Post a Comment