Diriwayatkan Nabi Idris as. telah
naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT
dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang
tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat
membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi.”
(Maryam:
56-57)
Nama
Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja),
setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah
selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya
dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup
beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat
rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian
Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui
Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi
Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu
beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu
malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga.
Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat
Maut: “Wahai tuan, marilah kita
nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi
Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia
menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap
Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan
bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka
berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis
tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun,
maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:
“Wahai
Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan
yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak
terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama
mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu.
Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi
Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah
yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar
ya Idris.”
“Sedangkan
tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut
nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai
Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh
makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan
seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai
Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut
nyawaku?”
“Saya
datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai
Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut
nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya
kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya
sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun,
melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu
Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as.
Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan
kematian ketika itu.
Di waktu
Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan
perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan
kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun
dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah
tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika
ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa
tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai
Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya
sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada
Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka
itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari
Allah SWT.”
Akhirnya
Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam
Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as.
dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya.
Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara,
timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih
dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka
mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar
tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat
melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya.
Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya
tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu
Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris
masuk ke dalam Syurga.
Kemudian
pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka
berhenti di pintu tersebut.
Dari situ
Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat
segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut
dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan
kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat
meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka
Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya
untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke
dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu
ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris
berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai
Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan
ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi,
sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah
SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran:
185)
Sedangkan
saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak
ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam:
71)
Dan
saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “…
Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr:
48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia
akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada
Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang
tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke
martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
Dipetik Dari Buku: Rahsia 7
Pengarang: Sheikh Abu Nashr Muhammad ‘Abdur Rahman.
Pengarang: Sheikh Abu Nashr Muhammad ‘Abdur Rahman.
Wallahu’alam….
sumber : HasnulHadiAhmad.Com
sumber : HasnulHadiAhmad.Com
0 comments:
Post a Comment