KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

Jack and the Beanstalk Mural.  Jack getting cow to sell.


Pada suatu masa dahulu, seorang budak bernama Jack tinggal bersama ibunya di sebuah ladang kecil. Mereka sangat miskin dan kadang-kadang tidak dapat makan.
Pada suatu hari, ibu Jack menyuruh Jack menjual lembunya supaya mereka dapat wang untuk membeli makanan. Dia menyuruh Jack membawa lembu itu ke pasar. Dengan perasaan sedih Jack pun membawa lembu kesayangannya ke pasar. Jack berada dipasar sepanjang hari tetapi tidak siapa pun yang mahu membeli lembunya. Lama-kelamaan dia berasa putus asa dan membawa lembunya pulang.


Jack and the Beanstalk Mural.  Jack trades cow for beans.
Dalam perjalanan pulang, dia berjumpa dengan seorang tua yang mahu membeli lembunya. Orang tua itu berkata, “Saya hanya boleh bayar kamu dengan biji kacang-kacang ini. Biji-biji kacang ini adalah biji-biji kacang ajaib.”
Jack bersetuju dan menerima segemggam biji kacang yang berwarna-warni itu sebagai bayaran untuk lembunya.

Jack and the Beanstalk Mural.  Mom throws beans out the window.
Apabila sampai di rumah,  ibunya sangat marah apabila mendapat tahu yang Jack telah menerima biji-biji kacang sebagai bayaran lembunya. “Biji kacang ajaib!” Dia menjerit, “ Kamu sudah kena tipu! Kamu telah memberi lembu itu kepadanya dengan percuma!”
Dengan marah ibunya terus membaling biji-biji kacang itu keluar tingkap. Malam itu, Jack terpaksa tidur kelaparan.

Jack and the Beanstalk Mural.  The Giant's Castle is up in the clouds.
Apabila Jack bangun keesokan harinya, dia terkejut melihat sebatang pokok yang besar di luar tingkanya. Pokok itu telah tumbuh di tempat ibunya membaling biji-biji kacang ajaib itu. Jack berkejar keluar untuk  melihat pokok kacang itu. Dia terus memanjatnya hingga ke pucuknya. Dia mengikut sebatang lorong menuju ke sebuah istana besar.
Jack menolak pintu besarnya dan masuk ke dalam istana itu. Dia berada di sebuah bilik besar. Di atas lantai terdapat setimbun wang perak dan emas. Dia melihat sebuah meja besar yang penuh dengan makanan. Jack berasa lapar. Dia mmanjat keatas kerusi besar itu dan makan makanan yang lazat yang dihidangkan.

Jack and the Beanstalk Mural.  Bags of coins taken from the Giant.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi yang kuat dari satu penjuru bilik itu. Rupa-rupanya seorang gergasi sedang tidur nyenyak dan berdengkur dengan kuat sekali!
Jack berasa takut dan terus melompat turun dari meja itu. Semasa dia berlari keluar dari istana itu, dia sempat mengambil beberapa keping wang yang berada di lantai. Dia kemudian berlari dengan pantas dan turun ke tanah melalui pokok kacang tadi.


Pada pagi berikutnya Jack memberanikan dirinya untuk memanjat pokok kacang itu sekali lagi. Kali ini dia ternampak seekor itik dengan dua biji telur emas di sebelah gegasi yang sedang tidur nyenyak.
Jack berjalan perlahan-lahan menuju itik itu tetapi di terjatuh. Gergasi terjaga dan ternampak Jack. “Siapa yang masuk ke istana aku!” Dia mengejar Jack. Sambil berlari keluar istana Jack sempat menangkap itik itu dan terus turun melalui pokok kacang itu.

Apabila Jack sampai ke tanah dia menjerit, “Ibu, Ibu ! cepat bawakan kapak saya!”
Ibunya berlari membawa kapak itu. Jack menebang pokok itu. Pokok itu tumbang dan gergasi itu pun jatuh dan mati.
Jack dan ibunya tidak miskin lagi. Dengan wang yang mereka ada mereka membeli seekor lembu. Itik itu memberi mereka telur emas dan mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment