KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa dan yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti dari perbuatan dosanya. 


Dosamu tidak diampuni
Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, "Berhentilah daripada berbuat dosa." Dia menjawab, "Jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan." Ahli ibadah itu membalas, "Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni olehnya atau kamu tidak mungkin dimasukkan ke dalam surga Allah."

Kamu lebih tahu?
Kemudian Allah mencabut nyawa kedua orang itu dan mengumpulkan keduanya di hadapan Allah Rabbul 'Alamin. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman kepada lelaki ahli ibadah, "Apakah kamu lebih mengetahui daripada Aku? Ataukah kamu dapat dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan tanganKu." Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman, "Masuklah kamu ke dalam surga berkat rahmatKu." Sementara ahli ibadah dikatakan, "Masukkan orang ini ke neraka."

PENGAJARAN..

~ Sentiasalah menyeru kepada kabaikan & mencegah kemungkaran
~ Sentiasa individu hendaklah berusaha meninggalkan perkara maksiat dan kemungkaran
~ Jangan berputus asa daripada daripada memohon keampunan Allah Yang Maha Penyayang
~ Jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu
~ Allah s.w.t. amat mengasihi parahambanya
~ Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia sama ada masuk syurga atau neraka, kerana hanya Allah s.w.t. yang menetapkan..

Sumber : Buku..101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran, Al Hadis & Hayatus Sahabah.. ( ustaz Zahazan Mohamed)

0 comments:

Post a Comment