Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa
akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu
hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “ Ya Allah, siapakah orang di
syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah
pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampong serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapannya, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus
berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam
perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenanan.
Dengan
pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau Berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang
tamu.
Tuan
rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan
sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut
melihatnya. “ Apa hal ini”, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh
kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan
baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian
dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi
dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium
dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.
“Wahai
tuan hamba, “ Kata pemuda itu.
“Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah
melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya
dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajiban ku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba
lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan
tugas aku,” Sambungnya.
Setiap
hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.” Tambah pemuda itu lagi.
Maka
ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S. “ Wahai Musa, inilah
orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa
babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh
di sisi Kami.”
Allah
juga berfirman lagi yang bermaksud:”Oleh kerana dia telah berada di maqam anak
yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang
Kami sediakan dalam nereka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah
berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang
akan masuk kedalam neraka pindah ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibu nya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita,
urusan kita ialah manjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka
menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T. supaya kedua ibubapa kita
diampuni oleh Allah S.W.T.
Doa
anak yang soleh akan membantu kedua ibubapa nya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti
sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang anak kepada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya
kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
0 comments:
Post a Comment