Di Baitulmuqadis ada seorang perempuan tua yang sangat rajin
beribadat. Apabila tiba bulan Rejab dia akan membaca surah Al-Iklas sebanyak 12
kali setiap hari sebagai memberi penghormatan kepada keistimewaannya bulan
tersebut. Di bulan ini juga dia meninggalkan segala pakaiannya yang mewah-mewah
dan mengantikan dengan pakaian biasa.
Perempuan ini juga mempunyai seorang anak lelaki. Inilah sahaja
anaiknya yang masih ada. Anaknya yang lain telah pergi merantau jauh ke negeri
orang. Segala kerja-kerja dirumah dan menjaga perempuan ini dilakukan oleh anak
lelakinya sendiri. Itulah sebabnya perempuan itu sangat sayang pada anak
lelakinya itu.
Setelah beberapa lama dia beribadah, tiba-tiba pada suatu hari
dia telah jatuh sakit. Penyakitnya itu sangat sukar untuk diubati. Kebetulan
pada waktu itu tepat pada bulan Rejab. Oleh itu kerana terasa dirinya sudah hampir
nazak dia telah berwasiat kepada anaknya.
Setelah sekian lama dia sakit, akhirnya dia pun menghembuskan
nafasnya yang terakhir.Setelah meninggal dunia, anak lelakinya menguruskan
pengkebumian ibunya itu. Oleh kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga dia
sengaja lupa kepada pesanan ibunya tempoh hari. Kemudian jenazah ibunya pun
dikapankanlah dengan kain yang mahal. Setelah dikebumikan, anak lelakinya terus
pulang kerumah.
Pada malamnya itu, dia telah bermimpi bertemu dengan ibunya.
Ibunya berkata kepadanya dalam mimpi itu : “ Anakku! Mengapa kau tidak
melaksanakan segala wasiat ku dulu? Aku tidak rela diriku dikapankan dengan
pakaian yang mahal ini. Adakah kau masih mahu mendapat pujian orang?”
Habis saja ibunya berkata, dia terkejut dari mimpinya dan berasa
ketakutan. Dia juga sangat menyesal kerana tidak membuat sepertimana wasiat
ibunya dulu.
Keesokan harinya selepas sembahyang subuh dia bergegas ke kubur
ibunya. Kubur itu masih merah tanahnya. Dengan menggunakan cangkul dia menggali
kubur itu untuk menukarkan kain kapan ibunya dengan kain biasa yang murah
harganya. Kain itu ada dibawa bersamanya. Namun sedalam manapun dia menggali,
dia masih tidak dapat menjumpai jenazah ibunya.
Akhirnya dia pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Segala
peralatan yang mahu digunakan untuk menkapankan ibunya di bawa pulang. Malam
itu dia tidur, dia telah bermimpi mendengar suara yang berkata:” Orang muda!
Tahukah engkau bahawa sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab maka Allah tidak
akan membiarkan dirinya bersendirian di dalam kubur.”
Setelah tersedar dari mimpinya dia berasa sangat hairan.
Walaupun begitu dia sangat gembira sekarang kerana ibunya sudah mendapat
perhatian dari Allah S.W.T. kerana ibunya sudah mendapat perhatian dari Allah
S.W.T. kerana ibadahnya ikhlas di bulan Rejab. Dia pula sangat menyesal kerana
pesanan ibunya dulu tidak dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan ibunya berbahagia
di sana, doa nya didalam hati.
Selain dari puasa dalam bulan Rejab, Puasa pada 10 hari
permulaan Dzulhijjah juga ada kelebihannya. Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa:”
Tiada hari yang lebih besar disisi Allah S.W.T. dan lebih disukai untuk orang
beramal dalamnya melebihi dari 1-10 Dzulhijjah. Oleh itu perbanyakkanlah olehmu
bertakbir, tahmid dan tahlil. Mujahid dari Umar r.a.
Puasa pada hari Aasyuura (10 Muharram) juga sangat digalakkan.
Dan banyak peristiwa-peristiwa yang terjadi dan kisah-kisahnya dalam bulan
Muharram (10 Muharram)
0 comments:
Post a Comment