Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji
telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak
itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas
dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat
ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya
berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.
Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang
comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu
itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh
sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur
nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja,
beberapa itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu
dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari
situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam
membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.
“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan
cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam
kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan
burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih
itu besar dan berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia
berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa
itik itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia
sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain
dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu
menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput
panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula
bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila
melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang
dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “
Alangkah cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor
angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan
gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak
lagi sunyi.
8 comments:
boleh saya tahu penerbit buku cerita ini..sy nak isi buku nilam
boleh sy tahu penerbit buku cerita ini...sy nak isi buku nilam
Tq ats cerita ini
Betul tu ank sya pn nk tulis dlm bku nilam
saya pon nak isi dekat buku nilam anak saya ni
Boleh saya tahu penerbit buuku cerita ini...saya nak isi bukunilam
too long
Sangat panjang
Post a Comment