KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

     

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Bukhari Muslim dikisahkan, ada tiga orang pemuda pergi hendak beribadah kepada Allah. Di perjalanan hujan turun sangat lebat sekali. Lalu mereka pun berlindung di dalam sebuah gua. Tiba-tiba jatuh sebuah batu sangat besar menutupi mulut gua. Ketiga-tiga pemuda itu akhirnya terkurung dan tidak dapat keluar.
Seorang dari mereka berkata kepada yang lainnya, “Wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita dari musibah ini”.
Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Ya Allah, saya pernah terpikat kepada seorang wanita yang sangat cantik. Kerana aku memiliki kekuasaan dan kekayaan, lalu aku bayar wanita itu dengan harga yang dikehendakinya. Ketika kami berdua-duaan dan aku mempunyai kesempatan untuk berbuat zina, tiba-tiba aku ingat siksa-Mu ya Allah, lalu aku batalkan niat buruk itu. Ya Allah, seandainya apa yang aku perbuat itu baik menurut-Mu, tolong geserkan batu besar yang menghalangi mulut gua ini.”
Selesai pemuda itu berkata-kata, tiba-tiba batu besar yang menutupi mulut gua itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.
Lalu pemuda kedua pula berkata, “Ya Allah, aku pernah menyuruh sekelompok orang bekerja dengan upah masing-masing setengah dirham. Ketika mereka selesai bekerja, aku terus membayar upahnya. Tiba-tiba ada salah seorang daripadanya menolak mengambil upah itu, kerana ia merasa melakukan dua pekerjaan sekaligus. Ia hanya ingin diupah sebanyak satu dirham. Kerana tidak bersetuju dengan kadar upahnya, orang itu lalu pergi begitu sahaja tanpa mengambil upahnya terlebih dahulu.
Sepeninggalan orang itu, aku laburkan wangnya yang setengah dirham itu sehingga menghasilkan banyak keuntungan. Pada suatu hari orang tadi datang semula dan meminta upahnya yang setengah dirham itu. Lalu aku berikan kepadanya 10 ribu dirham dari keuntungan wangnya yang setengah dirham dari upahnya dahulu. Orang tersebut terkejut dan mengatakan: “Jangan kamu hendak bergurau, upah aku dahulu bukan sebesar ini tetapi hanya setengah dirham”. Lalu aku jelaskan, bahawa wangnya yang setengah dirham itu telah aku laburkan sehingga terus bertambah sampai sebanyak ini.
Setelah jelas, dia pun mengambilnya dengan penuh bahagia dan rasa syukur. Ya Allah, Engkau Maha Tahu, aku melakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredhaan-Mu. Ya Allah, jika apa yang aku lakukan itu baik menurutMu, tolong angkat batu yang menghalangi tempat keluar kami ini.”
Lalu batu itu bergeser kembali, namun mereka tetap belum dapat keluar.
Pemuda yang ketiga pula lalu berkata, “Ya Allah, kedua orang tua ku sudah sangat tua. Meskipun demikian, aku sangat menyayangi keduanya dan aku tidak pernah minum atau makan sebelum keduanya minum dan makan. Suatu hari aku bawakan sebotol air susu untuk keduanya namun mereka sedang tidur dengan lena. Aku tidak berani mengejutkannya, lalu aku tunggu sehingga keduanya bangun. Meskipun anak aku waktu itu menangis meminta susu itu, namun aku tidak memberikannya sebelum kedua orang tua aku meminumnya terlebih dahulu. Apabila kedua orang tua ku bangun, aku terus memberinya minum.
Ya Allah, Engkau Maha Tahu, apa yang aku perbuat itu semata-mata kerana mengharap keredhaan-Mu, maka tolong alihkan batu ini supaya kami dapat keluar”. Akhirnya batu itu bergeser kembali dan akhirnya mereka dapat keluar dari gua tersebut dengan selamat. (HR.Bukhari dan Muslim).

PENGAJARAN..
~ Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.
~ Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan.
~ Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah
~ Dalam melaksanakan sesuau pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat
~ Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh
~ Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh
~ Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

2 comments:

Anonymous said...

Perkongsian yang menarik

bLog Juga said...

Salam hormat,

Sebelum AMBO bicarakan siapakah dua golongan yang tidur sehingga 300 tahun, ambo ingin menyatakan bilakah mereka tidur. Adakah SEBELUM kehadiran nabi Isa atau SELEPAS. Nampaknya, kita boleh bersetuju bahawa mereka bangkit selepas zaman nabi Isa.

Ambo membahagikan tahun kebangkitan mereka kepada dua iaitu antara tahun ke-30 hingga 330 tahun dan tahun 300 ke atas sebelum kelahiran nabi Muhamad. Apa yang berlaku antara tahun 30 hingga 330? Dari bukti sejarah, penyebaran agama selain agama anutan rom yang menyembah 3 dewa iaitu bapa, ibu dan anak termasuk ajaran yang disampaikan oleh nabi Isa tidaklah memberangsangkan. Bukan rom sahaja yang tidak bersetuju dengan ajaran lain, agama yahudi juga tidak menerima agama lain. Ketika itu pendakwah-pendakwah kristien hidup tertekan dan penyebaran agama dilakukan secara tidak terbuka. Ingatlah negara mereka diperintah oleh ROM. Ketika itu raja rom belum berugama serupa dengan mereka semua.

Sebelum kedatangan nabi Isa, terdapat 2 agama di dalam negara yang dijajah rom iaitu agama yahudi yang mengesakan tuhan dan agama anutan orang rom yang menyembah 3 dewa. Jika begitu, bolehlah kita ANGGAP agama yang lebih islamik ialah agama yahudi, sudah tentu bukan agama rom. Tentu persoalan agama apakah yang dianuti oleh 2 golongan itu jika mereka tidur sebelum kelahiran nabi Isa.

Dari segi sejarah, kita mengetahui bahawa rom tidak menidas agama yahudi yang tidak merbahayakan mereka. Dan, kita juga mengetahui pegangan agama orang israel sangat kuat mengesakan tuhan dan sangat-sangat patuh kepada agama, walaupun kita boleh mengatakan boleh jadi agama mereka agak terpesong.

Sebelum kelahiran nabi Isa, adakah tuan pernah mendengar berita bahawa agama yahudi boleh dianuti oleh bangsa lain? Tidak, kerana bani israel menganggap agama yahudi adalah KHAS untuk bangsa mereka sahaja, dan orang rom yang menyembah 3 tuhan adalah kafir bagi mereka. Jika begitu, adakah ada orang rom yang menyembah tuhan yang esa pada ketika itu?

Dari situasi yang pertama ini iaitu jika pemuda-pemuda itu tidur sebelum kelahiran nabi Isa dan bangun sebelum tahun 330, ambo dapati ia tidak mungkin berlaku.

Bukankah kita telah mengetahui bahawa perjanjian nicea pada tahun 325 apabila raja rom menerima agama kristien yang mereka anggap hampir sama dengan agama mereka iaitu berkaitan dengan 3. Bukankah tarikh inilah yang bersejarah kerana ini menandakan dengan rasminya agama kristien telah diperkosa secara kuasa supaya menyakini triniti, sama seperti agama rom. Bukankah setelah raja rom masuk agama kristien, baharulah orang-orang kristien boleh menyebarkan agama dengan tenteram kerana ia dilakukan secara bernegara bukan secara perseorangan.

Ada bukti sejarah yang mengatakan bahawa salah seorang murid nabi Isa yang mula-mula menyedari bahawa agama tauhid boleh dipercayai oleh orang bangsa lain iaitu rom, sedangkan selama ini mereka menyangka orang bangsa lain selain bani israel tidak layak dan tidak mengenal tuhan yang esa. Pada tahun-tahun demikianlah, rom mula menyedari agama kristien boleh mengancam agama mereka, sebab itulah mereka menindas pengikut-pegikut agama kristien tidak agama yahudi...

http://www.blog.ambo.my/siapakah-dua-golongan-yang-tidur-300-tahun-itu/

Post a Comment