Diriwayatkan dari
Hammad bin Salamah dia berkata: “ Ada seorang lelaki yang hendak menjual
hambanya, maka datang seorang lelaki yang hendak membeli budak lalu berkata: “
Aku lihat budak ini tidak ada celanya.”
Kata orang yang hendak
menjual budak itu “ Sebenarnya budak ini tidak ada apa-apa celanya, tetapi dia
adalah seorang yang suka melaga-lagakan antara satu sama lain.”
Oleh kerana orang yang
hendak membeli budak itu tidak mengambil berat tentang perangai budak itu, maka
dia pun membeli budak itu.
Setelah beberapa hari
budak itu tinggal bersama dengan tuan barunya, maka satu hari dia memberitahu
isteri tuannya: “ Wahai puan, sesungguhnya suami puan itu tidak sukakan kepada
puan, sebaliknya suami puan hendak puan menjadikan puan sebagai kulinya. Adakah
puan hendak suami puan itu menyanyangi puan?”
Kata si isteri itu: “
Ya, katakana kepadaku bagaimanakah caranya supaya suamiku itu akan sayang
kepadaku?”
Lalu budak itu
berkata:” Wahai puan, puan hendaklah mengambil pisau dan cukurlah janggut suami
puan sewaktu dia sedang tidur.”
Setelah budak itu
berkata demikian kepada isteri tuannya itu maka dia pun pergi berjumpa dengan
tuannya lalu berkata :” Wahai tuanku, sesungguhnya isteri tuan itu sedang
merancang untuk membunuh tuan. Adakah tuan hendak melihat buktinya?
Berkata tuan budak
itu: “Ya, katakan padaku bagaimana kamu hendak membuktikannya.”
Budak itu berkata:” Tuan
berpura-puralah tidur, tuan akan lihat sendiri nanti.”
Kemudian si isteri pun
datang dengan membawa pisau untuk mencukur janggut suaminya, apabila suaminya
melihaat isterinya membawa pisau dan menghampirinya, tanpa periksa maka dia
merampas pisau dari isterinya lalu dia membunuh isterinya yang tidak berdosa.
Setelah peristiwa ini
sampai pada pihak keluarga si isterinya maka berlakulah pergaduhan hingga
menyebabkan banyak nyawa yang turut terkorban.
Inilah akibatnya dari
sikat suka melaga-lagakan orang, maka berlakulah pergaduhan sehingga
menyebabkan banyak nyawa yang turut terkorban.
Inilah akibatnya dari
sikap suka melaga-lagakan orang, adalah berbahaya kita berkawan dengan orang
yang suka melaga-lagakan orang, sebab lambat laun kita akan ikut perangainya.
Sumber : Buku Himpunan
Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment