Pada suatu masa dahulu,
seorang puteri bernama Puteri Salji tinggal di sebuah istana yang di kelilingi
taman bunga yang indah. Di sinilah, Puteri Salji bermain dengan
binatang-binatang hutan yang jinak dengannya.
Ibu tirinya, Permaisuri,
berasa cemburu terhadap Puteri Salji
kerana semakin dewasa, puteri itu menjadi semakin jelita pula. Permaisuri
bencikan sesiapa sahaja yang lebih cantik daripadanya. Setiap hari, Permaisuri
akan bertanya kepada cermin saktinya. Permaisuri ingin tahu orang yang paling
cantik di negeri itu . Setiap kali ditanya, cermin itu akan menjawab Permaisuri
adalah yang paling cantik.
Pada suatu hari,
Permaisuri bertanya soalan yang biasa yang ditanyanya. Tetapi alangkah
terkejutnya apabila cermin sakti menjawab yang Puteri Saljilah yang paling
cantik. Permaisuri berasa marah dan
merancang untuk membunuh Puteri Salji. Puteri
dapat tahu tentang rancangan Permaisuri dan berasa takut. Puteri Salji terus
melarikan diri ke dalam hutan. Suasana dalam hutan sungguh gelap dan
menakutkan.Kerana terlalu letih dan takut, Puteri Salji mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.
Pada keesokan harinya,
apabila terjaga dari tidur, Puteri Salji mendapati sekumpulan binatang-binatang
kecil yang jinak dan seramai tujuh orang
kerdil berada di sekelilingnya. Orang-orang kerdil itu menjemputnya ke pondok
mereka yang terletak jauh di dalam hutan.
Puteri Salji berasa
sangat gembira dapat tinggal bersama orang-orang kerdil itu. Setiap hari Puteri
Salji mengemas dan memasak untuk orang-orang kerdil itu semasa mereka pergi
bekerja di lombong. Setiap pagi sebelum pergi bekerja, orang kerdil itu akan
berpesan kepada Puteri Salji supaya berhati-hati dengan sesiapa yang tidak
dikenalinya dan tidak keluar kemana-mana. Orang-orang kerdil itu bimbang
Permaisuri yang kejam itu akan dating ke pondok itu.
Pada suatu hari,
Permaisuri mendapat tahu Puteri Salji tinggal bersama orang-orang kerdil di
hutan itu. Permaisuri menyamar sebagasi
seorang perempuan tua dan membawa sebakul buah epal yang beracun ke pondok
orang-orang kerdil itu.
Permaisuri member epal
beracun itu kepada Puteri Salji. Puteri
Salji menjangkakan Permaisuri itu ialah seorang nenek yang baik hati. Puteri
Salji sangat gembira menerima epal itu. Puteri Salji mengigit epal beracun itu
dan terus rebah dan pengsan.
Permaisuri yang kejam
itu berasa puas hati dan ketawa terkekek-kekek. Permaisuri menyangka Puteri
Salji sudah meninggal dunia. Ketujuh-tujuk orang kerdil itu berasa sangat
sedih. Mereka cuba mengejutkannya tetapi Puteri Salji tidak bergerak lagi.
“Puteri kesayangan kita sudah meninggal dunia,” kata mereka sambil menangis.
Ketujuh-tujuh orang
kerdil itu meletakkan Puteri Salji ke dalam keranda kaca supaya semua dapat
melihat kecantikkannya.
Pada suatu hari, seorang
Putera Raja melintasi hutan itu. Puteri Raja melintas hutan itu. Putera Raja
itu ternampak Puteri Salji dan tertarik hati dengan kejelitaannya. Putera Raja
membuka keranda kaca itu dan kehadiran Putera Raja itu telah menghapuskan sihir
Permaisuri terhadap Puteri Salji. Puteri Salji pun sedar semula.
Ketujuh-tujuh orang
kerdil itu menari dan menyanyi dengan
gembira. Tidak lama kemudian, Puteri Salji berkahwin Putera Raja. Mereka hidup
bahagia untuk selama-lamanya.
0 comments:
Post a Comment