KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana arah ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a. :” Ruh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Ruh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Ruh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit .sampai hari Kiamat.
6. Ruh anak –anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. bahawa” Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang puasa di hari Arafah.”

0 comments:

Post a Comment