Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang ulama’ Islam yang
terkenal bernama Ali bin Fadhil. Beliau terkenal kerena sifatnya yang warak
serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat
pekertinya itulah dia amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.
Pada suatu hari Ulama’ besar itu
telah pergi ke Mekah kerana hendak menunaikan haji. Ketika beliau sedang
mengerjakan tawaf di Kaabah iaitu di tengah-tengah lautan manusia ketika itu,
tiba-tiba seorang pencuri telah berjaya mencuri dompetnya. Setelah dia selesai
mengerjakan tawaf barulah dia sedar bahawa dompetnya telah dicuri. Dengan
tenang dia menghadapi kejadian itu sebagai ujian dari Allah. Ayahnya telah
melihat peristiwa itu berasa hairan dengan sikap anaknya. Dia kelihatan
seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tetapi setelah itu tiba-tiba Ali bin
Fadhil menangis. Melihatkan anaknya menangis, ayahnya datang menghampirinya dan
bertanya :” Hai, anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang telah dicuri
itu?” “ Tidak ayah, apalah yang hendak ditangiskan kalau itu kehendak takdir.”
Kata Ali sambil mengesatkan air matanya.
Sebenarnya saya menangis kerana
kasihan mengenangkan nasib orang yang mencuri itu. Ini kerana di tidak akan
berupaya hendak membela perbuatannya itu di hadapan Allah S.W.T. pada hari
Kiamat nanti. Begitulah keadaan orang yang beriman, mereka sentiasa memandang
kecil pada kerugian harta dunia yang tidak kekal. Manakala bagi orang yang
tidak beriman mereka akan menganggap itu adalah kerugian yang besar.
Sumber : Buku Himpunan
Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment