Dari Abu
Qatadah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud ,”
Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T., manakala mimpi yang buruk itu
datangnya dari syaitan. Kalau sesiapa mimpi sesuatu yang dibencinya hendaklah
dia meludah ke kiri sebanyak tiga kali. Kemudian berlindunglah kepada Allah
S.W.T., nescaya tidak akan datang sesuatu bahaya. Dan jangan menceritakan
kepada sesiapa pun. Kalau ada sesiapa yang bermimpi buruk, hendaklah dia
gembira dan janganlah menceritakan kepada sesiapa kecuali orang yang
disayangi.”
Abu Hurairah
r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud, “Apabila
hari kiamat telah dekat, maka jarang mimpi seseorang muslim itu tidak benar.
Mimpi yang paling benar ialah mimpi-mimpi yang selalu berkata benar. Dan mimpi
seorang muslim itu adalah sebahgian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). Mimpi itu
ada tiga macam.
1
Mimpi
yang baik adalah khabar suka dari Allah
2 Mimpi yang menakutkan atau pun yang
menyedihkah datangnya dari syaitan.
3 Dan mimpi yang timbul disebabkan
angan-angan atau khayalan seseorang itu, maka kerana itu, jika kamu bermimpi
yang tidak menyenangkan kamu, maka bangunlah dan kerjakan solat, dan jangan
ceritakan kepada sesiapapun.”
Mimpi ialah
satu sandiwara ketika kita tidur,dan Rasulullah S.A.W. telah lebih dahulu
mengetahui tentang permainan mimpi sebegini, maka dengan sebab itulah
Rasulullah S.A.W. telah memberitahu kita apa yang harus kita buat kalau kita
bermimpi sesuatu yang menyedihkan ataupun yang menakutkan kita.
Manusia hari
ini kalau dia bermimpi sesuatu yang buruk, maka dia akan segera pergi mencari
tukang tilik nasib, atau bomoh untuk menyatakan tentang mimpinya itu. Oleh itu
kami harap dengan hadis yang kami kemukakan ini mudah-mudahan kita akan
meninggalkan kerja-kerja yang karut. Oleh itu buatlah seperti yang Rasulullah
S.A.W. telah terangkan kepada kita, kita semua berlindung kepada Allah.
Percayalah kepada Allah S.W.T. sahaja kerana baik buruk hanya akan berlaku
dengan kehendakNy, kalau berlaku sesuatu yang buruk pada kita nescaya ada
kebaikannya. Janganlah putus asa, orang yang putus asa adalah yang jauh dari
rahmat Allah S.W.T.
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan..
0 comments:
Post a Comment