Dari Abu Bakar r.a. :
Yang bermaksud’ “
Orang bakhil tidak telepas dari (kemungkinan akan mengalami ) salah satu dari
tujuh perkara:-
1
Dia mati, kemudian
hartanya akan di warisi oleh orang yang akan mempergunakannya ke tempat yang
menyalahi perintah Allah S.W.T.
2
Allah memberikan
kuasa kepada seorang pemimpin yang zalim, dan akan membinasakannya dengan
merampas hartanya setelah menghina dirinya.
3
Allah S.W.T.
meninggikan syawatnya yang akan merosakkan hartanya.
4
Timbul fikirannya untuk
mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, sehingga kerana itu
hartanya akan musnah.
5
Dia ditimpa salah
satu dari bencana dunia, seperti hartanya tenggelam, terbakar, kecurian dan
lain-lain yang seumpama dengan itu.
6
Dia ditimpa penyakit
yang berpanjangan, sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk
mengubatinya.
7
Dia menanam hartanya
di suatu tempat, lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya.”
Sumber : Buku
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment