gambar hiasan |
Telah berkataq Mu’adz r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. katanya: “ Aku akan
menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh
mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna
bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu
disisi Allah S.W.T. pada hari kiamat.” Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “
Sesungguhnya Allah S.A.W. telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit
dan bumi, setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya
dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seorang hamba itu dari
pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan
bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal
seorang hamba itu cukup baik dan banyak, tiba-tiba malaikat berkata, “ Berhenti
dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan
padamu, aku bahagian ghibah, sedang dia selalu menggibah orang-orang muslim kerana
itu aku tidak mengizinkan dia melintasi tempat ini kepada lain-lain ku. Lalu
malaikat Hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya
terang sehingga sampai kelangit kedua. Malaikat berkata,” Berhenti! Dan lemparkan
amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah S.W.T. tidak mengampunkan
baginya sebab dia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat
tersebut ,” Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan
amalnya melintasi daripadaku.”