KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
Showing posts with label Cerita Dongeng Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Dongeng Kanak-Kanak. Show all posts


Pada suatu ketika dahulu, tinggal seorang saudagar bersama tiga orang anak perempuannya. Kedua anak sulungnya sangat tamak dan kedekut manakala anak bongsunya bersifat lembut dan jelita. Ia di panggil Si Cantik.
 
Pada suatu hari saudagar itu hendak pergi melawat kapalnya yang berlabuh di sebuah perlabuhan yang jauh. Sebelum bertolak saudagar itu bertanyakan barang-barang yang mereka sukakan. Kedua anak sulung meminta baju dan barang-barang yang cantik. Manakala Si Cantik hanya meminta sekuntum bunga ros.






Pada suatu masa dahulu, seorang gadis bernama Cinderella tinggal bersama ibu tiri dan dua orang kakak tirinya. Ibu tiri dan kakak tirinya tidak sukakan Cinderella. Cinderella disuruh bekerja di dapur sepanjang hari.

Cinderella tidak pernah membantah walaupun dia terpaksa membuat semua kerja di dalam rumah itu. Kawan-kawannya hanyalah beberapa ekor tikus dan seekor kucing bernama comel.


Pada suatu hari, mereka menerima satu jemputan dari istana. Raja menjemput semua gadis di seluruh negeri untuk menghadiri suatu majlis tari-menari di istana.







Kakak-kakak tirinya sungguh gembira. “ Anak raja akan memilih bakal isterinya dimajlis itu”, kata mereka. Cinderella sangat sedih kerana tidak dibenarkan menghadiri majlis itu.

Pada hari itu kakak-kakak tirinya memakai gaun yang mahal dan cantik untuk ke istana. Cinderella menangis kerena ditinggalkan. Tiba-tiba seorang pari-pari menjelma di depan Cinderella.

Dengan sebatang tongkat sakti, dia menukar sebiji labu menjadi sebuah kereta kuda yang indah, tikus-tikus menjadi kuda dan come menjadi seorang pengawal yang segak.
 

Akhirnya, baju buruk Cinderella ditukarkan menjadi sepasang gaun yang sangat cantik dan di kakinya terdapat sepasang kasut kaca yang berkilauan.

“Ingat …. Kamu mesti pulang sebelum pukul dua belas malam kerana sakti  ini akan hilang selepas itu,” kata pari-pari. Cinderella mengucapkan terima kasih kepada pari-pari dan terus menuju ke istana dengan kereta kuda yang indah itu.

Di istana, kejelitaan Cinderella menarik perhatian putera raja. Putera Raja mengajak Cinderella menari. Cinderella berasa sungguh gembira kerena dapat menari dengan Putera Raja. Dia terlupa ada pesanan pari-pari tadi. Apabila jam mula berbunyi …satu, dua, tiga…..Cinderella baru teringat bahawa dia terpaksa pulang sebelum jam dua belas malam!

Cinderella berlari keluar dari pintu istana. Kasut kaca itu terlucut daripadakakinya tetai dia tidak semat mengambilnya semula.  Cinderella meluru masuk ke dalam kereta kuda dan terus berlalu dari situ. Putera Raja tidak dapat menahannya.
Tepat pukul dua belas malam sakti pari-pari tidak ada lagi. Cinderella berbaju buruk kembali.

Pada keesokkan harinya Putera Raja bertitah supaya gadis itu dicari di seluruh negeri. “ Beta akan berkahwin dengan sesiapa yang dapat memakai kasut kaca ini,” kata Putera Raja itu.

Semasa rombongan Di Raja berada di rumah Cinderella, kakak-kakak tirinya yang hodoh itu cuba sedaya upaya untuk memakai kasut itu tetai tidak berjaya. Tiba-tiba Cinderella muncul di pintu dapur.

“Beri saya cuba kasut kaca itu,” Cinderella merayu. Kakak-kakak tirinya mentertawakannya. Tetapi alangkah teperanjatnya mereka apabila kasut itu padan dengan kaki kecil Cinderella.

Cinderella di bawa ke istana. Tidak lama kemudian Cinderella dan Putera Raja pun berkahwin.

Semenjak hari itu Cinderella tidak lagi bertermu dengan ibu tiri dan kakak-kakak tirinya.

Little Red Riding Hood


Pada suatu masa dahulu, seorang budak perempuan tinggal bersama ibunya di hutan. Dia selalu memakai sehelai hud (tudung) yang berwarna merah setiap kali dia keluar dari rumah. Oleh sebab itu, ibunya memanggilnya “Si Comel Berhud Merah.”

Pada suatu hari, dia meminta izin ibunya untuk membawa makanan untuk neneknya yang tinggal jauh di dalam hutan. Neneknya sedang sakit dan tentu akan berasa gembira melihatnya.

Ibunya berpesan, “ Jangan behenti dan bercakap dengan sesiapa dalam perjalanan nanti.”
Si Comel Berhud Merah berjanji akan kembali dengan segera. Dia berjalan dengan pantas tetapi berhenti untuk memetik bunga-bunga untuk neneknya.





Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Jack and the Beanstalk Mural.  Jack getting cow to sell.


Pada suatu masa dahulu, seorang budak bernama Jack tinggal bersama ibunya di sebuah ladang kecil. Mereka sangat miskin dan kadang-kadang tidak dapat makan.
Pada suatu hari, ibu Jack menyuruh Jack menjual lembunya supaya mereka dapat wang untuk membeli makanan. Dia menyuruh Jack membawa lembu itu ke pasar. Dengan perasaan sedih Jack pun membawa lembu kesayangannya ke pasar. Jack berada dipasar sepanjang hari tetapi tidak siapa pun yang mahu membeli lembunya. Lama-kelamaan dia berasa putus asa dan membawa lembunya pulang.

 


Pada suatu masa dahulu, seorang puteri bernama Puteri Salji tinggal di sebuah istana yang di kelilingi taman bunga yang indah. Di sinilah, Puteri Salji bermain dengan binatang-binatang hutan yang jinak dengannya.






Ibu tirinya, Permaisuri, berasa cemburu terhadap Puteri  Salji kerana semakin dewasa, puteri itu menjadi semakin jelita pula. Permaisuri bencikan sesiapa sahaja yang lebih cantik daripadanya. Setiap hari, Permaisuri akan bertanya kepada cermin saktinya. Permaisuri ingin tahu orang yang paling cantik di negeri itu . Setiap kali ditanya, cermin itu akan menjawab Permaisuri adalah yang paling cantik.