Pada zaman dahulu ada seorang solih dan alim yang sangat disukai
oleh raja. Dia sentiasa berada di majlis raja untuk memberi pelajaran dan
nasihat.
Orang solih itu menasihatkan: “ Berbuatlah kebaikan kepada orang
yang berbuat baik, kerana orang yang berbuat jahat itu akan binasa oleh
kejahatannya sendiri.”
Bagaimanapun apabila seseorang berbaik-baik kepada raja dengan
tujuan baik dan ikhlas tentu ada orng yang tidak meyukainya kerana dengkinya.
Demikian juga halnya dengan orang solih yang satu ini. Di sebalik hubungan
baiknya dengan raja ada seseorang yang juga dekat dengan istana tidak senang
melihatnya selalu berdampingan dengan raja dan ingin melenyapkannya.