gambar hiasan |
Pada zaman dahulu di
sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal.
Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja. Tidak ada
seorangpun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan yang keji
itu.
Pada suatu malam,
perompak itu telah Berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat
hasil yang banyak dari dalam rumah itu. Setelah puas dia mengelidah rumah itu,
malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga. Apa yang
didapatinya adalah beberapa bungkusan kain. Diapun mengumpulkan kesemua
bungusan tersebut untuk dibawa keluar.
Setelah penat dia
memunggah bungkusan-bungkusan itu, dia terasa terlalu penat lalu dia berehat.
Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam
rumahnya itu. Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat yang boleh dijadikan
tempat perlindungan. Maka dia cuma mendiamkan dirinya didalam kegelapan rumah
itu. Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk kedalam
sambil memegang sebuah lampu di tangannya. Oleh kerana rumah itu kecil dan
diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu
berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.
Tuan rumah itu
mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerena
lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya
mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.
Kata orang tua itu : “
Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik
kita jadikan dua bungkusan besar. Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku
pikul satu bungkusan.
Peerompak itu berkata
pula: “ Baiklah, tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku
yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini.”
“ Baiklah.” Sabut
orang tua itu lalu merekapun keluar dari rumah itu. Setelah agak lama berjalan,
orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu. Apabila
dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua
iu: “Hey, orang tua, cepatlah sikit. Kita mesti sampai ketempat aku sebelum
matahari naik. Kalau tidak kita berdua pasti akan ditangkap.”
Tanpa menghiraukan
keadaan orang tua itu, pencuri itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan
orang tua itu jauh di belakang. Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak
berdaya. Bahkan kerap kali jatuh. Akhirnya mereka sampai juga ke tempat
persembunyian perompak itu. Maka perompak tu berkata : “ Sekarang kita telah
sampai, Hai orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.”
Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata: “ “ Hai anak muda,
ambillah engkau kesemua barang itu. Aku tidak memerlukannya. Sebenarnya rumah
yang engkau masuki tadi adalah rumahku. Aku fikir engkau tentulah orang miskin
hingga terpaksa menjadi pencuri. Aku harap barang-barang ini kelak akan
meringankan sedikit bebanan engkau. Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku,
apabila memerlukan bantuan datanglah kerumah ku.”
Setelah orang tua itu pergi
dari situ, pemuda itu menjadi tercengang seolah-oleh tidak percaya apa yang
berlaku sebentar tadi. Dia begitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang
luar biasa itu.
“ Apakah benar apa
yang kualami ini. Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya
lalu dia datang pula menolong aku. Setelah itu, dia menjemput aku datang
kerumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi. Ah…. Pelik sungguh orang itu, “
bisik hati kecilnya.
Setelah sekian lama
dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada
waktu siang. Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu, dia
ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya : “ Wahai
saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?. Sambil tersenyum
lelaki itu menjawab : “ Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari
daerah luar kerana semua penduduk di sini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini
adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid.”
Sebaik sahaja dia
mendengar nama itu, lantas diapun menyesal di atas segaa perbuatannya terhadap
wali itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke dalam rumah wali itu untuk
meminta maaf. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia terus sujud di kali
wali Allah Junaid sambil menangis. Dengan tersenyum , wali Allah Junaid terus
memaafkannya. Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yang penyantun akhirnya
dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakqwa. Tidak mungkin seorang yang
jahat itu akan kekal jahat. Jikalau Allah mengkehendaki dia jadi baik,
Insyaallah Allah akan menjadikan orang yang baik malah lebih baik.
Sumber : Himpunan
Kisah-Kisah Teladan
0 comments:
Post a Comment