| gambar hiasan |
Bilal bin Rabah adalah
seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam
menegakkan syiar Islam. Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah
memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum
muslimin yang mengetahui.
Beliau merupakan salah
seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah
S.A.W. pergi dia tetap bersama dengannya.
Bilal bin Rabah pada
asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama
Umaiyah bin Khalaf. Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal
telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara yang amat
kejam sekali.
Pernah suatu ketika
beliau telah didera di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan
badan yang ditelanjangkan. Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas
matahari yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang tukang
pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan mereka berbuat begitu ialah agar Bilal
kembali kepada agama asalnya.
Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”
Semakin kuat Umaiyah
menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu.