KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
Image result for treasure chest


Pada suatu hari ketika Nabi Isa sedang menyampaikan khutubah, tiba-tiba seorang pemuda berkata, “  Hai anak Mariam. Kami tidak percaya adanya syurga dan neraka.  Bagi kami itu tidak penting.  Kami boleh hidup senang dan bahagia tanpa agama.  Kalau ada harta, hidup kami sudah tentu mewah dan bahagia.”

“  Harta tidak menjamin ketenteraman hidup, saudara – saudaraku,”  sahut Nabi Isa dengan penuh keras.
“ Baiklah, jika sudah demikian pendapat saudara-saudara, nanti datanglah berjumpa dengan saya.  Mungkin ada rezeki untuk saudara-saudara, ucap Nabi Isa.


Mereka tahu anak Mariam tidak pernah berdusta.  Maka mereka pun pergilah berjumpa Nabi Isa di khemahnya.  Nabi Isa memberikan sekeping peta kepada mereka.  Peta itu menunjukan tempat simpanan harta yang banyak.  Tempat menyimpan harta itu terletak di puncak sebuah bukit yang curam, dalam sebuah gua yang tersembunyi.
Betapa girangnya hati mereka.  Mereka mula berangan-angan tentang harta yang dimaksudkan itu.  Selepas  itu, mereka pun berangkat menuju ke bukit tersebut dengan membawa peralatan yang diperlukan.  Setelah mengalami berbagai-bagai rintangan akhirnya mereka sampai di gua tempat harta itu.  Dengan hati yang berdebar-debar, mereka bertiga masuk ke dalam gua.   Memang tidak silap lagi, itu lah gua yang dimaksudkan. Disetiap sudut gua itu terdapat peti-peti yang berisi emas berlian yang tidak terkira banyaknya.

Mereka bertiga berbincang bagaimana cara hendak mengangkut harta itu supaya jangan diketahui orang lain.  Jadi mereka bersetuju untuk bergilir-gilir mengangkut harta itu ke sebuah hutan di kaki bukit.  Di sana nanti barulah harta itu akan dibahagikan sama rata.  Kebetulan di situ ada sebuah rumah lama yang tidak didiami lagi.  Dengan susah payah, akhirnya harta itu dapat diangkut ke rumah itu.  Mereka mahu membahagikan harta tersebut.

Tapi salah seorang dari mereka berkata, “ Perut kita lapar.  Jika kita bahagikan harta itu sekarang, orang akan nampak  kite membawa emas berlian ke kedai makan nanti.  Ini  tentu membahayakan diri sendiri. “
Rakan-rakannya berfikir sebentar, kemudian menjawab, “ Betul juga.  Jadi apa yang mesti kita buat sekarang?”

“ Saya cadangkan agar salah seorang daripada kita pergi membeli makanan, dua orang lagi tinggal di sini untuk menjaga harta,” jawab pemuda pertama tadi.

Cadangan itu mendapat persetujuan. Oleh itu, salah seorang daripada mereka pun pergilah membeli makanan di sebuah gerai.  Kerena perutnya sangat lapar, dia makan di situ sahaja.  Kemudian dia meminta 2 bungkus lagi untuk dua orang kawannya.

Ketika penjual itu sedang membungkus makanan, dia berfikir , “ Sekiranya makanan ini dibubuh racun, sudah pasti harta tadi tidak perlu dibahagi kepada tiga.  Aku akan memiliki kesemuanya.”
Lelaki ini bertekat untuk menguasai semua harta itu.  Dia pun membeli racun untuk dibubuh ke dalam makanan tadi.  Setelah makanan itu dibubuh racun lalu dibungkus semula dengan rapi, diapun balik semula ke tempat kawan-kawannya.

Dalam pada itu, selepas lelaki itu pergi membeli makanan tadi, dua orang kawannya telah membuat pakatan yang jahat. “ Betul juga kata kamu,”  kata salah seorang dari lelaki itu.

“Jika dia masih hidup, harta ini  mesti dibahagi kepada tiga. Jadi kalua dia kita hapuskan, harta ini akan menjadi milik kite berdua sahaja.

“Itulah yang aku maksudkan,” sambut lelaki yang kedua.
“Bagaimana caranya?”

Begini, sebelum dia balik kita siapkan batang besi dan kite sembunyi di belakang pintu. Apabila dia masuk, kita terus pukul kepalanya dengan besi itu.  Sudah tentu dia akan mati.”

“ Ha..ha..ha..ha..mudah sekali,” mereka tertawa.
Tidak berapa lama kemudian kawan mereka pun muncul di pintu rumah itu.  Mereka cepat-cepat bersembunyi di belakang pintu.  Sebaik sahaja kawan mereka melangkah masuk, mereka terus memukulnya dengan batang besi bertubi-tubi tanpa belas kasihan.  Kawan mereka tersungkur akhirnya tidak bernafasn lagi.

Dengan persaan gembira mereka menyeret mayat kawan mereka dan membuangnya ke dalam sebuah perigi buta di situ.  Selepas itu, mereka pun mula memakan makanan yang dibeli oleh kawan mereka tadi dengan lahapnya.  Setelah menelan 2..3 suap, nafas mereka mulai sesak.  Kerongkong mereka terasa panas terbakar.  Mulut mereka berbuih-buih. Dalam beberapa minit sahaja mereka terkapar-kapar. Akhirnya kedua-dua lelaki itu mati di situ juga.  Tinggalah peti-peti berisi harta karun itu di dalam rumah lama yang tidak berpenghuni itu. Orang yang tamak selalu rugi.



Sumber: Himpunan Kisah-Kisah Teladan…

0 comments:

Post a Comment