KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang ulama’ Islam yang terkenal bernama Ali bin Fadhil. Beliau terkenal kerena sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat pekertinya itulah dia amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.

Pada suatu hari Ulama’ besar itu telah pergi ke Mekah kerana hendak menunaikan haji. Ketika beliau sedang mengerjakan tawaf di Kaabah iaitu di tengah-tengah lautan manusia ketika itu, tiba-tiba seorang pencuri telah berjaya mencuri dompetnya. Setelah dia selesai mengerjakan tawaf barulah dia sedar bahawa dompetnya telah dicuri. Dengan tenang dia menghadapi kejadian itu sebagai ujian dari Allah. Ayahnya telah melihat peristiwa itu berasa hairan dengan sikap anaknya. Dia kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tetapi setelah itu tiba-tiba Ali bin Fadhil menangis. Melihatkan anaknya menangis, ayahnya datang menghampirinya dan bertanya :” Hai, anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang telah dicuri itu?” “ Tidak ayah, apalah yang hendak ditangiskan kalau itu kehendak takdir.” Kata Ali sambil mengesatkan air matanya.

Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib orang yang mencuri itu. Ini kerana di tidak akan berupaya hendak membela perbuatannya itu di hadapan Allah S.W.T. pada hari Kiamat nanti. Begitulah keadaan orang yang beriman, mereka sentiasa memandang kecil pada kerugian harta dunia yang tidak kekal. Manakala bagi orang yang tidak beriman mereka akan menganggap itu adalah kerugian yang besar.

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan



Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka jahannam yang digelar Hurasy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya dari timur hingga ke barat.

Apabila dia keluar maka malaikat Jibbrail A.S. berkata: “ Wahai Huraisy, kamu hendak kemana dan kamu hendak mencari siapa?

Lalu berkata Huraisy: “ Aku mencari 5 jenis orang.”

1             Orang yang tidak mengerjakan solat.
2             Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3             Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.
4             Orang yang suka minum arak.
5             Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan


Dari Abu Qatadah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud ,” Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T., manakala mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan. Kalau sesiapa mimpi sesuatu yang dibencinya hendaklah dia meludah ke kiri sebanyak tiga kali. Kemudian berlindunglah kepada Allah S.W.T., nescaya tidak akan datang sesuatu bahaya. Dan jangan menceritakan kepada sesiapa pun. Kalau ada sesiapa yang bermimpi buruk, hendaklah dia gembira dan janganlah menceritakan kepada sesiapa kecuali orang yang disayangi.”

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud, “Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang mimpi seseorang muslim itu tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi-mimpi yang selalu berkata benar. Dan mimpi seorang muslim itu adalah sebahgian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam.

1   Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah

2  Mimpi yang menakutkan atau pun yang menyedihkah datangnya dari syaitan.

3  Dan mimpi yang timbul disebabkan angan-angan atau khayalan seseorang itu, maka kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak menyenangkan kamu, maka bangunlah dan kerjakan solat, dan jangan ceritakan kepada sesiapapun.”

Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dasyat adalah Firaun. Dia bukan sahaja tidak mengakui adanya tuhan malah dia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak dia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “ Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”

Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya tuhan. Hanya mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.

Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikit pun tidak pernah dia hiraukan malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan simbahan darah, lalu dia mengistiharkan pada rakyat jelata bahawa dia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya dia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.


Dari Abu Bakar r.a. :

Yang bermaksud’ “ Orang bakhil tidak telepas dari (kemungkinan akan mengalami ) salah satu dari tujuh perkara:-

1         Dia mati, kemudian hartanya akan di warisi oleh orang yang akan mempergunakannya ke tempat yang menyalahi perintah Allah S.W.T.

2         Allah memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang zalim, dan akan membinasakannya dengan merampas hartanya setelah menghina dirinya.

3         Allah S.W.T. meninggikan syawatnya yang akan merosakkan hartanya.

4         Timbul fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, sehingga kerana itu hartanya akan musnah.

5         Dia ditimpa salah satu dari bencana dunia, seperti hartanya tenggelam, terbakar, kecurian dan lain-lain yang seumpama dengan itu.

6         Dia ditimpa penyakit yang berpanjangan, sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk mengubatinya.

7         Dia menanam hartanya di suatu tempat, lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya.”

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
gambar hiasan


Dalam kehidupan seorang petani, harinya dihabiskan dengan bekerja di ladang untuk mendapatkan hasil tanaman atau ternakan. Jasa petani dalam memenuhi keperluan bahan makanan manusia sehari-hari tidaklah boleh dianggap kecil walaupun pedapatan mereka sederhana dan kehidupan mereka tidaklah begitu mewah.

Tersebut sebuah kisah iaitu pada suatu masa dahulu, tinggallah dua orang petani dalam sebuah perkampungan. Yang seorang termasuk dalam golongan orang berada (kaya) tetapi malangnya, dia memiliki sifat iri (dengki), angkuh, sombong dan kedekut.

Manakala petani yang seorang lagi termasuk dalam golongan yang miskin tetapi dia bersifat redha dengan rezeki yang tidak seberapa hasil daripada usahanya di samping bersifat sabar disertai keyakinan bahawa segala rezeki datangnya dari Allah.

Kedua petani itu hidup berjiran dan mempunyai kebun yang berdekatan. Petani yang kaya itu memiliki kebun yang amat luas dan binatang ternakan sementara petani miskin memiliki kebun yang tidak berapa luas dan tidak pula memiliki binatang ternakan. Tetapi dalam kemiskinannya itu, dia masih suka berderma pada orang yang lebih miskin daripadanya.


Arak merupakan sejenis minuman kegemaran orang bangsa Arab sejak dari zaman jahiliyah dan juga sesudah kedatangan Islam malahan sahabat-sahabat Rasulullah sendiripun meminum arak kerana ketika itu, larangan Allah terhadap minuman ini belum ada.

Arak dijadikan minuman utama dalam jamuan-jamuan yang diadakan dan diterima sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan.

Apabila sahabat sedar akibat daripada minuman arak itu dapat menghilangkan pertimbangan akal yang mana dapat mengakibatkan seseorang itu tanpa sega silu akan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan mengganggu mesyarakat dengan perbuatan jenayah dan maksiat, merekapun datang mengadap Rasulullah.

Seorang dari para sahabat iaitu Umar al- Khattab mengajukan soalan kepada baginda, “ Apakah hukum di atas perbuatan meminum arak yang memabukkan hingga menyebabkan seseorang hilang kewarasan akalnya lalu menimbulkan kekacauan terhadap orang-orang di sekelilingnya.