KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
gambar hiasan

Telah berkataq Mu’adz r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. katanya: “ Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu disisi Allah S.W.T. pada hari kiamat.” Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “ Sesungguhnya Allah S.A.W. telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi, setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seorang hamba itu dari pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak, tiba-tiba malaikat berkata, “ Berhenti dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan padamu, aku bahagian ghibah, sedang dia selalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan dia melintasi tempat ini kepada lain-lain ku. Lalu malaikat Hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai kelangit kedua. Malaikat berkata,” Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah S.W.T. tidak mengampunkan baginya sebab dia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat tersebut ,” Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku.”



Mimbar dan Makam Nabi Ishaq
Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah, sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajr, dayang yang diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud. Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al-Quran kecuali dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74 dari surah Hud, seperti berikut:
64:" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (Malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka mengucapkan "selamat".Ibrahim menjawab: "Selamatlah" maka tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang dipanggang. 70. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata " Jangan kamu takut sesungguhnya kami adalah (Malaikat-malaikat) yang diutuskan untuk kaum Luth." 71. dan isterinya berdiri di sampingnya lalu di tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira akan (kelahiran) Ishaq dan sesudah Ishaq (lahir pula) Yaakub. 72. Isterinya berkata " sungguh menghairankan apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua juga? Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh. 73. Para Malaikat itu berkata " Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu hai Ahlulbait! sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. 74. Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya dia pun bersoal jawab dengan (Malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth." (Hud : 69 ~ 74)
gambar hiasan

Sebelum Umar r.a. memeluk Islam, dia merupakan orang yang paling kuat dan tegas dalam pendiriannya lebih-lebih lagi dalam hal yang hendak membunuh Rasulullah S.A.W.  Pada suatu hari orang-orang Quraisy mengadakan perhimpunan untuk memilih seorang yang layak untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W.

Apabila perhimpunan bermula dan usul dibentangkan, berkatalah orang-orang Quraisy itu, “ Tuan-tuan, siapakah di antara tuan-tuan yang sanggup tampil ke hadapan untuk membunuh Rasulullah S.A.W. ?” Tiba-tiba Umar tampil ke hadapan sambil berkata, “ Aku sanggup!” Maka berkata semua orang Quraisy itu, “ Ya memang Umar yang paling layak untuk menjalankan tugas ini!”

Dengan pedang yang tergantung di leher, maka Umar pun bertolak menuju ke tempat kediaman Nabi S.A.W. Dalam perjalanan, Umar bertemu dengan Saad bin Abi-Waqqas.

Saad bertanya, “ Wahai Umar ! Engkau hendak pergi kemana?” Jawab Umar, Aku sebenarnya hendak pergi kerumah Nabi Muhammad untuk menghabiskan riwayat hidupnya.”
gambar hiasan


Pada suatu hari Abi Qalabah r.a. melihat dalam mimpinya seolah-olah ada kubur pecah dan keluar mayat-mayat dari dalam kubur itu. Kesemua mereka duduk di tepi kubur dan setiap mereka terdapat nur di wajah masing-masing.

Di antara mereka, dia terlihat seorang lelaki dari tetangganya yang tidak mempunyai nur di wajahnya, lalu dia berkata kapadanya, “ Aku tidak melihat nur di mukamu.

Maka berkata mayat, “ Sesungguhnya bagi mereka anak-anak dan teman-teman mereka memberi petunjuk dan sedekah. Dan nur ini adalah dari apa yang dia telah beri petunjuk kepadanya dan aku tidak mempunyai anak yang soleh. Dia tidak mendoakan untukku dan tidak bersedekah untukku. Oleh sebab itu, dalam hal ini  tidak ada nur bagiku dan aku rasa malu terhadap tetangga-tetanggaku.”

Apabila Abi Qalabah sedar dari mimpinya, maka diapun memanggil anak orang itu dan menceritakan hal yang dilihatnya.

Maka berkata anak orang yang mati itu, “ Aku bertaubat di hadapanmu dan aku tidak akan mengulangi apa yang ada pada diriku untuk selama-lamanya.” Maka sejak hari itu anaknya sentiasa berbuat taat, berdoa dan bersedekah untuk ayahnya.

Setelah sekian lama masa berlalu, suatu ketika Abi Qalabah melihat kejadian yang lain dalam mimpinya. Dia melihat nur di muka orang itu lebih terang dari nur temannya.

Dia berkata, “ Wahai Abi Qalabah, semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan. Engkau telah amankan aku dari malu terhadap tetanggaku.”

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
 


Alkisah, pada suatu hari Umar r.a. mendapatkan Rasulullah sambil menangis, maka lalu bertanya Rasulullah S.A.W. “ Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?” Jawab Umar, “ Ya Rasulullah,  ada seorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.” Kata Rasulullah, “ Ya Umar, bawalah dia masuk. “ Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Tanya Rasulullah, “ Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?” Jawab pemuda itu, “ Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T. yang sangat murka kepadaku.”  Tanya Rasulullah lagi, “ Adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?” Jawab pemuda itu, “ Tidak, ya Rasulullah.”

Sabda Rasulullah,” Maka Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit. Kata pemuda itu, “ Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.”


Pada suatu ketika dahulu, tinggal seorang saudagar bersama tiga orang anak perempuannya. Kedua anak sulungnya sangat tamak dan kedekut manakala anak bongsunya bersifat lembut dan jelita. Ia di panggil Si Cantik.
 
Pada suatu hari saudagar itu hendak pergi melawat kapalnya yang berlabuh di sebuah perlabuhan yang jauh. Sebelum bertolak saudagar itu bertanyakan barang-barang yang mereka sukakan. Kedua anak sulung meminta baju dan barang-barang yang cantik. Manakala Si Cantik hanya meminta sekuntum bunga ros.

Abu Dzhar menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Dibukanya atap rumahku dan aku pada ketika itu ada di Mekah, lalu Jibrail turun dan membelah dadaku serta dibasuhnya dengan air zam-zam. Selepas itu, dia datang dengan membawa sebuah bejana yang dibuat daripada emas yang telah dipenuhi dengan hikmat kebijaksanaan dan keimanan dan dituangkan kedalam dadaku. Kemudian Jibrail menutupnya kembali, lalu dipegangnya tanganku dan mengajak aku mengikutnya.

Jibrail membawa aku naik ke langit dunia yang nampak pada pandangan kita ini. Lalu Jibrail berkata kepada penjaga langit dunia, “ Bukalah pintu langit ini.” Penjaga pintu langit bersuara, “ Siapakah ini?” Lalu Jibrail menjawab, “ Ini Jibrail.” Penjaga pintu langit bertanya lagi, “ Apakah ada orang lain bersama kamu.?” Jibrail menjawa,” Ya ada, yang bersama dengan ku ialah Nabi Muhammad S.A.W.  Bertanya lagi penjaga pintu langit “ Apakah Nabi Muhammad S.A.W. telah diperintahkan untuk mengadapNya?” Jawab Jibrail,” Ya 

Setelah penjaga itu membuka pintu langit, maka Jibrail dan Nabi Muhammad naik ke langit dunia. Tiba di situ,nampaklah seorang lelaki sedang duduk. Di sebelah kanannya ada sekumpulan manusia dan sebelah kirinya juga ada sekumpulan manusia. Jikalau orang itu memandang kekanan dia ketawa dan jikalau dia memandang kekiri dia menangis!. Orang itu lalu mengucapkan padaku “ Marhaban” ertinya bergembira sekali dengan kedatangan kamu ialah seorang nabi yang soleh dan putera yang soleh.

Aku bertanya kepada Jibrail,” Siapakah orang ini?” Jawab Jibrail, “ Dia adalah Nabi Adam dan kelompok manusia yang ada di sebelah kanan di antara mereka itu ahli syurga dan sekelompok lagi yang disebelah kirinya itu adalah ahli neraka. Sebab itulah apabila dia memandang kekanan dia ketawa dan apabila dia memandang ke kiri dia menangis!”
Gambar Hiasan


Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang berhijrah telah sampai di bumi Madinah. Perjalanan yang ditempuhinya sangat jauh. Mukanya pucat, badannya tidak bermaya dan bajunya dibasahi peluh. Dia pelukan makanan kerana sudah berhari-hari tidak makan. Dia juga perlukan pakaian, kerana sedia ada sudah hampir tidak mampu menutup aurat nya lagi.

Dia segera meminta pertolongan Rasulullah S.A.W. yang ketika itu berada di masjid. Rasulullah S.A.W. menyambutnya sebagai tetamu dan ikhwatul iman ( saudara dalam keimanan). Baginda S.A.W. menyambutnya dengan senang hati dan mendengar permintaannya. Hati kecil Baginda S.A.W. ingin membantunya, tetapi Baginda S.A.W. tidak mempunyai apa-apa untuk membantu.

Baginda S.A.W. berkata, “Maaf kerana aku tidak mempunyai apa-apa untuk kamu hari ini. Namun cubalah pergi kerumah puteriku, Fatimah. Mudah-mudahan di rumahnya ada sesuatu untuk memenuhi keperluanmu.”
Gambar Hiasan

Imam Ahmad meriwayatkan suatu hadis dari Tariq bin Ayihab r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada para sahabat:
“Ada seorang lelaki memasuki syurga disebabkan lalat dan ada pula seorang lelaki memasuki neraka juga disebabkan lalat.”

Para sahabat bertanya, “ Bagaimana ianya boleh terjadi, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “ Dua orang melalui salah satu kaum yang memiliki berhala. Dan kaum itu melarang sesiapa sahaja untuk meneruskan perjalanan sebelum ia mengorbankan sesuatu untuk berhala tersebut.”

Mereka berkata kepada salah seorang daripada keduanya, “Sembelihlah korban!”

Dia menjawab, “ Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikorbankan.”

Mereka berkata, “ Sembelihlah korban meskipun hanya seekor lalat.”

Maka mereka memberi keizinan kepadanya untuk meneruskan perjalanan. Itulah orang yang memasuki Neraka.

Kemudian mereka berkata kepada yang seorang lagi, “ Sembelihlah korban!”

Dia menjawab, “ Aku tidak mahu berkorban apa-apa pun untuk sesiapa saja selain Allah Azza Wa Jalla.”

“ Lalu mereka memenggal lehernya. Itulah orang yang memasuki Syurga.”

Kisah ini memberi peringatan kepada kita bahawa menyembelih korban hanyalah untuk Allah semata-mata. Korban selain itu hukumnya adalah syirik.

Sumber: Buku 87 Kisah-Kisah Teladan