KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..

gambar hiasan

Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Pada hari kiamat Allah S.W.T. akan menghukum semua makhluk dan semua umat bertekuk lutut, pada hari tersebut orang yang pertama sekali yang akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisablillah dan ketiga ialah orang kaya. Allah S.W.T. akan bertanya kepada orang yang pandai tentang Al-Quran, maka akan berkata Allah S.W.T. : “ Bukankah Aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu?” Orang pandai membaca Al;Quran itu menjawab : “ Benar ya Tuhanku.” Berkata Allah S.W.T. lagi: “ Apakah yang kau buat terhadap apa yang kau ketahui itu?” Berkata orang yang pandai Al-Quran itu: “ Aku telah mempelajarinya di waktu malam dn mengerjakannya pada waktu siang”. Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta”. Malaikat juga mengatakan orang itu berdusta. Sebab dia hanya mahu disebut ‘qari’ dan ‘qariah’

Kemudian dipanggil pula orng yang mati fisabilillah, lalu ditanya oleh Allah S.W.T. : “ kenapa kamu terbunuh ?” Jawab orang itu: “ Aku telah berperang sehingga mati untuk menegakkan agamamu.” Lalu Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta.” Malaikat juga berkata demikian. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi : “ Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu juga sudah disebut demikian.”

Lalu dipanggil pula orang kaya, Allah S.W.T. bertanya kepadanya : “ Apakah kamu buat terhadap harta yang aku berikan kepadamu?” orang itu berkata :” Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan aku juga bersedekah”. Kemudian Allah S.W.T. berfirman :” Kamu dusta”. Malaikat juga berkata demikian. Allah S.W.T. berfirman lagi: “ Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu juga telah dikenali sedemikian.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi bahawa ketiga-tiga orang inilah yang pertama akan dibakar dalam api neraka Jahannam.

Hal ini Allah S.W.T. terangan dalam Al-Quran dalam surah Hud ayat 15-16 yang mana Allah S.W.T. berfirman pada ayat 15 yang berbunyi :” Sesiapa yang menghendaki hidup didunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia sedang mereka tidak dirugikan.”

Firman Allah S.W.T. pada ayat yang ke 16 berbunyi “ Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan.

0 comments:

Post a Comment