gambar hiasan |
Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Pada hari kiamat Allah S.W.T. akan menghukum semua makhluk dan
semua umat bertekuk lutut, pada hari tersebut orang yang pertama sekali yang
akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati
fisablillah dan ketiga ialah orang kaya. Allah S.W.T. akan bertanya kepada
orang yang pandai tentang Al-Quran, maka akan berkata Allah S.W.T. : “ Bukankah
Aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu?” Orang
pandai membaca Al;Quran itu menjawab : “ Benar ya Tuhanku.” Berkata Allah
S.W.T. lagi: “ Apakah yang kau buat terhadap apa yang kau ketahui itu?” Berkata
orang yang pandai Al-Quran itu: “ Aku telah mempelajarinya di waktu malam dn
mengerjakannya pada waktu siang”. Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta”.
Malaikat juga mengatakan orang itu berdusta. Sebab dia hanya mahu disebut ‘qari’
dan ‘qariah’
Kemudian dipanggil
pula orng yang mati fisabilillah, lalu ditanya oleh Allah S.W.T. : “ kenapa
kamu terbunuh ?” Jawab orang itu: “ Aku telah berperang sehingga mati untuk
menegakkan agamamu.” Lalu Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta.” Malaikat
juga berkata demikian. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi : “ Kamu hanya
ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu juga sudah disebut demikian.”
Lalu dipanggil pula
orang kaya, Allah S.W.T. bertanya kepadanya : “ Apakah kamu buat terhadap harta
yang aku berikan kepadamu?” orang itu berkata :” Aku gunakan untuk membantu
kaum keluargaku dan aku juga bersedekah”. Kemudian Allah S.W.T. berfirman :” Kamu
dusta”. Malaikat juga berkata demikian. Allah S.W.T. berfirman lagi: “ Kamu
hanya ingin disebut dermawan dan kamu juga telah dikenali sedemikian.”
Sabda Rasulullah
S.A.W. lagi bahawa ketiga-tiga orang inilah yang pertama akan dibakar dalam api
neraka Jahannam.
Hal ini Allah S.W.T.
terangan dalam Al-Quran dalam surah Hud ayat 15-16 yang mana Allah S.W.T.
berfirman pada ayat 15 yang berbunyi :” Sesiapa yang menghendaki hidup didunia
dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia sedang mereka tidak
dirugikan.”
Firman Allah S.W.T.
pada ayat yang ke 16 berbunyi “ Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat,
melainkan neraka dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia dan binasalah
apa-apa yang mereka amalkan.
0 comments:
Post a Comment