Surah Al-Baqarah
(ayat 255)
Terjemahan..
Allah, tidak ada
tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, Yang terus-menerus mengurus (makhluknya),
tidak mengantuk dan tidak tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang
ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi Nya tanpa izin Nya.
Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka
tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia
kehendaki. Kursi Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat
memeliharakeduanya dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.
Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, Khawasul Quran, bahawa
Ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah.
Seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa
barang dagangannya untuk dijual di Basrah. Setelah Ka’ab sampai di sana dia
mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang
yang telah datang lebih awal.
Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat
banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami
orang.
Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut. Dia ingin menyewa
tempat itu selama lebih kurang satu minggu. Kata tuan punya rumah tersebut, “
Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut
kata orang, rumah ini didiami oleh jin ifrit. Ramai orang yang mendudukinya
menjadi binasa.”
Ka’ab berkata,” Meskipun demikian, memandangkan tempat lain
tidak ada, saya sanggup tinggal disini asal saja tuan menizinkan.”
“ Baiklah,” kata empunya rumah. “Saya tidak keberatan dan saya
juga tidak akan mengambil sebarang bayaran,” sambungnya lagi.
Ka’ab tinggal dirumah itu mulai petang hari dan tidak merasa
takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab Nampak bayangan hitam dengan dua biji
mata menyala-nyala seperti api datang mendekati dirinya.
Maka Ka’ab bangun lalu membaca ‘Allaahula ilaa ha illaa huwal
hayyul qayyuum’ tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca
oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir
ayat berbunyi ‘Walaa ya uduuhu hifdluhumaa wa huwal aliyyul aziim’, tidak
terdengar lagi suara yang mengikutnya.
Ka’ab hairan dan diulanginya lagi membaca kalimah tersebut
beberapa kali tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutnya. Maka
dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dari pandangan
Ka’ab. Kemudian Ka’ab tercium bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Setelah
suasana kembali seperti sediakala, Ka’ab pun tidur di tempat itu dengan tidak
mendapat sebarang ganguan.
Keesokkan paginya, Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu
terdapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan Nampak ada
abunya.
Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata “ Hai Ka’ab,
engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas,” Ka’ab hairan dan berkata,” Dengan
apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “ Dengan firman Tuhan: Walaa ya uuduhu
hifdluhuma wahu wal aliyyul adhiim.”
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan
Kelebihan Ayat Kursi
Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya.”
1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar.”
2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana
DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.”
5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya.”
6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar.”
7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan
berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di sekitarnya.”
11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang
yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.”
13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Sumber: myibrah.com
0 comments:
Post a Comment