KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..




Surah Al-Baqarah (ayat 255)

Terjemahan..
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, Yang terus-menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi Nya tanpa izin Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memeliharakeduanya dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.



Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, Khawasul Quran, bahawa Ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah. Seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual di Basrah. Setelah Ka’ab sampai di sana dia mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal.

Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang.

Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut. Dia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu. Kata tuan punya rumah tersebut, “ Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin ifrit. Ramai orang yang mendudukinya menjadi binasa.”

Ka’ab berkata,” Meskipun demikian, memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal disini asal saja tuan menizinkan.”

“ Baiklah,” kata empunya rumah. “Saya tidak keberatan dan saya juga tidak akan mengambil sebarang bayaran,” sambungnya lagi.

Ka’ab tinggal dirumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab Nampak bayangan hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api datang mendekati dirinya.

Maka Ka’ab bangun lalu membaca ‘Allaahula ilaa ha illaa huwal hayyul qayyuum’ tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi ‘Walaa ya uduuhu hifdluhumaa wa huwal aliyyul aziim’, tidak terdengar lagi suara yang mengikutnya.

Ka’ab hairan dan diulanginya lagi membaca kalimah tersebut beberapa kali tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutnya. Maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dari pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab tercium bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Setelah suasana kembali seperti sediakala, Ka’ab pun tidur di tempat itu dengan tidak mendapat sebarang ganguan.

Keesokkan paginya, Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terdapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan Nampak ada abunya.

Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata “ Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas,” Ka’ab hairan dan berkata,” Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “ Dengan firman Tuhan: Walaa ya uuduhu hifdluhuma wahu wal aliyyul adhiim.”

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan


Kelebihan Ayat Kursi


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
10.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
11.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
12.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
13.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
14.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber: myibrah.com



0 comments:

Post a Comment