KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..


gambar Hiasan (Masjidil Haram)

Abdul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran A.S. dalam alwaah 10 bab iaitu:-

1 Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, sebab Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

2 Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu, nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Ku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik, kemudian Aku pindahkan kamu ke alam lebih baik .

3 Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak, nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka.

4 Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka, sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengangung-agungkan nama-namaKu.
gambar hiasan

Pada zaman Nabi Musa, dikisahkan bahawa ada seorang kaya raya yang mempunyai seorang anak lelaki, apabila wafat orang kaya itu, maka semua hartanya itu menjadi milik pewaris tunggal itu. Melihat akan hal yang demikian, maka sepupu dari pewaris itu telah merancang untuk membunuh pewaris itu, dengan ini mereka dapat mengambil harta-harta tersebut. Setelah mereka membunuh pewaris tersebut, maka mereka pun bertemu dengan Nabi Musa dan memberitahu bahawa sepupu mereka telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali dan meminta supaya Nabi Musa dapat menolong mereka untuk menangkap pembunuh itu.

Setelah Nabi Musa mendengar keterangan dari mereka, maka Nabi Musa pun memohon pertolongan dari Allah S.W.T. lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa supaya menyembelih seekor sapi (lembu) dn hendaklah mengambil lidahnya dan pukul pada mayat tersebut, dengan izin Allah maka akan bangun kembali orang yang telah mati itu dan akan menceritakan siapakah yang membunuhnya.

gambar hiasan

Ka’bul Ahbaar berkata: “ Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin syaitan atau pun binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah S.W.T kepada Iblis laknat. Kemudian Allah S.W.T. berfirman kepada malakul maut: “ Aku telah menjadikan pembantu untukmu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan Manusia dan berlipat kali ganda.

Firman Allah S.W.T. lagi: “ Dan hendaklah kamu membawa 70,000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,000 cungkilan dari neraka Ladh. Dan perintahkan kepada malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka.”





Zabaniyah merupakan nama malaikat yang bertugas menyeksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki rupa yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk ke dalam perut neraka. Zabaniyah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Malik.

Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, nescaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.

GAMBAR HIASAN


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
gambar hiasan
Sejarah perkembangan agama Islam. Pada masa itu ada dua golongan besar, umat Islam yang saling memburuk-burukkan dan bermusuhan antara satu dengan yang lain. Satu golongan Bani Umaiyah. Yang satu pula Bani Abbasiyah. Kedua golongan ini tidak pernah mempunyai pendirian yang sama.

Sejarah mencatatkan bahawa daulat Bani Umaiyah, dipimpin oleh seorang gabenor yang bernama: Hajjaz bin Yusuf. Beliau terkenal dengan kekejamannya. Dia selalu memutuskan segala perkara menurut kehendak hatinya sendiri. Segala kehendaknya mesti di laksanakan. Seolah-seolah tiada satupun hukum yang dapat mengatasi kehendaknya. Dia berangapan bahawa pendapat orang lain tiada yang benar. Kerana kezaliman dan kekejamannya itu, semua orang tahu siapakah dia gabenor Hajjaz.

Pada masa itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan kuat beribadah serta ‘alim. Beliau itu bernama Sa’id bin Jubair. Gabenor Hajjaz menganggap Sa’id bin Jubair adalah sebagai musuh politiknya. Kerana Sa’id bin Jubair adalah seorang ulama’ yang cinta kepada Saiyidina Ali. Demikianlah umumnya kaum Bani Umaiyah benci terhadap Khalifah Saiyidina ‘Ali.


telaga air Zam-Zam (gambar hiasan)

Sampai Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata:
Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keretakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat.


gambar hiasan

Pada zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang sangat rajin beribadat bernama Al’Qomah. Suatu hari, tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat teruk. Maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit teruk dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini disampaikan pada Rasulullah, maka baginda menyuruh Bilal r.a., Ali r.a. Salaman r.a. dan Ammar r.a. supaya pergi melihat keadaan Al-Qomah.

Apabila mereka sampai di rumah Al-Qomah mereka terus mendapatkan Al-Qomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah tetapi lidah Al-Qomah tidak dapat menyebutnya.

gambar hiasan


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh a.s. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan" Kerajaan Babylon pada masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mereka. Akan tetapi tingkatan hidup rohani mereka masih berada ditingkat jahiliyah. Mereka tidak mengenal Tuhan Pencipta mereka yang telah mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Persembahan mereka adalah patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah.

Raja mereka Namrud bin Kan'aan menjalankan tampuk pemerintahnya dengan tangan besi dan kekuasaan mutlak. Semua kehendaknya harus terlaksana dan segala perintahnya merupakan undang-undang yang tidak dapat dilanggar atau di tawar. Kekuasaan yang besar yang berada di tangannya itu dan kemewahan hidup yang berlebuh-lebihan yang ia nikmati lama-kelamaan menjadikan ia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Ia merasakan dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Ia berfikir jika rakyatnya mahu dan rela menyembah patung-patung yang terbina dari batu yang tidak dapat memberi manfaat dan mendatangkan kebahagiaan bagi mereka, mengapa bukan dialah yang disembah sebagai tuhan. Dia yang dapat berbicara, dapat mendengar, dapat berfikir, dapat memimpin mereka, membawa kemakmuran bagi mereka dan melepaskan dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia yang dapat mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina diangkatnya menjadi orang mulia dan disamping itu semuanya, ia adalah raja yang berkuasa dan memiliki negara yang besar dan luas.





Surah Al-Baqarah (ayat 255)

Terjemahan..
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, Yang terus-menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi Nya tanpa izin Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memeliharakeduanya dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.



Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, Khawasul Quran, bahawa Ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah. Seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual di Basrah. Setelah Ka’ab sampai di sana dia mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal.

Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang.

Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut. Dia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu. Kata tuan punya rumah tersebut, “ Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin ifrit. Ramai orang yang mendudukinya menjadi binasa.”
gambar hiasan
Abu Hurairah r.a. bekata, dia dengar Rasulullah S.A.W. bercerita tentang tiga orang yang cacat.

Ada tiga orang Bani Israil, seorang penderita kusta, seorang penderita kepala botak dan seorang lagi penderita buta. Allah S.W.T. bermaksud menguji mereka.

Maka mula-mula Allah menghantar malaikat berjumpa dengan penderita kusta. Malaikat bertanya, “ Apakah yang paling engkau sukai?” Jawabnya, “ Warna dan kulit yang bagus serta kesembuhan dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepadaku.”

Malaikatpun mengusap orang itu, lalu sembuhlah dia daripada penyakit yang dihidapinya nselama ini. Kemudian diberinya dia warna kulit yang bagus.

Kata malaikat selanjutnya,” Harta apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, “ Unta!” Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya,” Semoga Allah memberi berkat kepadamu dengan pemberian ini.”

Sesudah itu malaikat berjumpa dengan orang yang berkepala botak, katanya, “ Apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, Rambut yang indah dan hilangnya aib yang menyebabkan orang benci kepadaku.”

Maka malaikat pun mengusap orang itu, llu hilanglah aib dirinya. Kemudian diberinya pula rambut yang indah .Tanya malaikat,” Harta apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, “Sapi.” Maka diberinya orang itu sapi bunting sera berkata, “ Semoga Allah memberkati kamu dengan pemberian ini.”

Kemudian malaikat bertemu dengan orang buta seraya katanya, “ Apakah yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu” Semoga Allah mengembalikan npenglihatan ku supaya aku dapat melihat orang ramai.”


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -(Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:




ALLAHU    Ertinya Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:       
a)  Sesiapa yang membaca Ya Allah 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.



Rasulullah S.A.W. telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda Rasulullah S.A.W. “ Wahai Iblis ! Apabila umatku berpuasa dengan nama Allah, apakah rasa engkau?” Kata Iblis :” Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan, bintang, malaikat, burung-burung, ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.


gambar hiasan

Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Pada hari kiamat Allah S.W.T. akan menghukum semua makhluk dan semua umat bertekuk lutut, pada hari tersebut orang yang pertama sekali yang akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisablillah dan ketiga ialah orang kaya. Allah S.W.T. akan bertanya kepada orang yang pandai tentang Al-Quran, maka akan berkata Allah S.W.T. : “ Bukankah Aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu?” Orang pandai membaca Al;Quran itu menjawab : “ Benar ya Tuhanku.” Berkata Allah S.W.T. lagi: “ Apakah yang kau buat terhadap apa yang kau ketahui itu?” Berkata orang yang pandai Al-Quran itu: “ Aku telah mempelajarinya di waktu malam dn mengerjakannya pada waktu siang”. Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta”. Malaikat juga mengatakan orang itu berdusta. Sebab dia hanya mahu disebut ‘qari’ dan ‘qariah’

Kemudian dipanggil pula orng yang mati fisabilillah, lalu ditanya oleh Allah S.W.T. : “ kenapa kamu terbunuh ?” Jawab orang itu: “ Aku telah berperang sehingga mati untuk menegakkan agamamu.” Lalu Allah S.W.T. berfirman:” Kamu berdusta.” Malaikat juga berkata demikian. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi : “ Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu juga sudah disebut demikian.”

Lalu dipanggil pula orang kaya, Allah S.W.T. bertanya kepadanya : “ Apakah kamu buat terhadap harta yang aku berikan kepadamu?” orang itu berkata :” Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan aku juga bersedekah”. Kemudian Allah S.W.T. berfirman :” Kamu dusta”. Malaikat juga berkata demikian. Allah S.W.T. berfirman lagi: “ Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu juga telah dikenali sedemikian.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi bahawa ketiga-tiga orang inilah yang pertama akan dibakar dalam api neraka Jahannam.

Hal ini Allah S.W.T. terangan dalam Al-Quran dalam surah Hud ayat 15-16 yang mana Allah S.W.T. berfirman pada ayat 15 yang berbunyi :” Sesiapa yang menghendaki hidup didunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia sedang mereka tidak dirugikan.”

Firman Allah S.W.T. pada ayat yang ke 16 berbunyi “ Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan.

gambar hiasan




Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata : “ Wahai penduduk Bashrah, hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara, sebab itulah doa kamu tidak dimakbulkan.”

  1. Kamu semua mengetahui marifat Allah, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hak Nya.

  2. Kamu semua membaca Al-Qur’an tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah S.A.W. tetapi kamu semua meninggalkan sunnahnya.

  4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.

  5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkan syurga.

  6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka Jahannam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu ke dalam neraka Jahannam.

  7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.

  8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.

  9. Kamu semua telah merasai nikmat pemberian Allah S.W.T. tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.

  10.          Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati diantaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar itu.

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan



gambar hiasan



Dalam kitab Thnbihul Ghafilin menerangkan bahawa apabila tiba waktu sembahyang Iblis laknat akan menyuruh tenteranya yang terdiri dari syaitan supaya menyibukkan manusia dengan kesibukan hingga melalaikan mereka dari mengerjakan sembahyang.

Apabila tiba waktu sembahyang syaitan-syaitan akan mengganggu manusia sehingga luput waktu sembahyang. Kalau Syaitan itu gagal berbuat demikian maka syaitan itu akan mengganggu mereka-mereka yang mengerjakan sembahyang dengan cara menyuruh mereka supaya tidak menyempurnakan ruku’ dengan betul, tidak menyempurnakan sujud dengan betul, begitu juga dari segi bacaan dan tasbih.

Dikisahkan juga kalau syaitan itu tidak dapat mengganggu mereka yang mengerjakan sembahyang maka mereka pulang dengan perasaan rugi dan hina. Apabila syaitan itu kembali kepada Iblis laknat kerana gagal mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang, Iblis laknat akan memerintahkan supaya syaitan itu diikan dan dilemparkan kedalam laut.

gambar hiasan

Kata Lukman Al-Hakin kepada anaknya: “ Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah).”

Kata Lukman Al-Hakim : “ Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”






Pada suatu masa dahulu, seorang gadis bernama Cinderella tinggal bersama ibu tiri dan dua orang kakak tirinya. Ibu tiri dan kakak tirinya tidak sukakan Cinderella. Cinderella disuruh bekerja di dapur sepanjang hari.

Cinderella tidak pernah membantah walaupun dia terpaksa membuat semua kerja di dalam rumah itu. Kawan-kawannya hanyalah beberapa ekor tikus dan seekor kucing bernama comel.


Pada suatu hari, mereka menerima satu jemputan dari istana. Raja menjemput semua gadis di seluruh negeri untuk menghadiri suatu majlis tari-menari di istana.







Kakak-kakak tirinya sungguh gembira. “ Anak raja akan memilih bakal isterinya dimajlis itu”, kata mereka. Cinderella sangat sedih kerana tidak dibenarkan menghadiri majlis itu.

Pada hari itu kakak-kakak tirinya memakai gaun yang mahal dan cantik untuk ke istana. Cinderella menangis kerena ditinggalkan. Tiba-tiba seorang pari-pari menjelma di depan Cinderella.

Dengan sebatang tongkat sakti, dia menukar sebiji labu menjadi sebuah kereta kuda yang indah, tikus-tikus menjadi kuda dan come menjadi seorang pengawal yang segak.
 

Akhirnya, baju buruk Cinderella ditukarkan menjadi sepasang gaun yang sangat cantik dan di kakinya terdapat sepasang kasut kaca yang berkilauan.

“Ingat …. Kamu mesti pulang sebelum pukul dua belas malam kerana sakti  ini akan hilang selepas itu,” kata pari-pari. Cinderella mengucapkan terima kasih kepada pari-pari dan terus menuju ke istana dengan kereta kuda yang indah itu.

Di istana, kejelitaan Cinderella menarik perhatian putera raja. Putera Raja mengajak Cinderella menari. Cinderella berasa sungguh gembira kerena dapat menari dengan Putera Raja. Dia terlupa ada pesanan pari-pari tadi. Apabila jam mula berbunyi …satu, dua, tiga…..Cinderella baru teringat bahawa dia terpaksa pulang sebelum jam dua belas malam!

Cinderella berlari keluar dari pintu istana. Kasut kaca itu terlucut daripadakakinya tetai dia tidak semat mengambilnya semula.  Cinderella meluru masuk ke dalam kereta kuda dan terus berlalu dari situ. Putera Raja tidak dapat menahannya.
Tepat pukul dua belas malam sakti pari-pari tidak ada lagi. Cinderella berbaju buruk kembali.

Pada keesokkan harinya Putera Raja bertitah supaya gadis itu dicari di seluruh negeri. “ Beta akan berkahwin dengan sesiapa yang dapat memakai kasut kaca ini,” kata Putera Raja itu.

Semasa rombongan Di Raja berada di rumah Cinderella, kakak-kakak tirinya yang hodoh itu cuba sedaya upaya untuk memakai kasut itu tetai tidak berjaya. Tiba-tiba Cinderella muncul di pintu dapur.

“Beri saya cuba kasut kaca itu,” Cinderella merayu. Kakak-kakak tirinya mentertawakannya. Tetapi alangkah teperanjatnya mereka apabila kasut itu padan dengan kaki kecil Cinderella.

Cinderella di bawa ke istana. Tidak lama kemudian Cinderella dan Putera Raja pun berkahwin.

Semenjak hari itu Cinderella tidak lagi bertermu dengan ibu tiri dan kakak-kakak tirinya.

      gambar hiasan

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila kerajaan Nabi Sulaiman A.S. berleluasa pemerintahannya didunia dari manusia, jin, binatang-binatang buas dan burung-burung serta dapat menguasai angin. Maka Nabi Sulaiman berkata :” Ya Allah, izinkanlah aku memberi rezeki kepada tiap-tiap orang yang mendapat rezekiMu selama satu tahun penuh.”

Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Sulaiman A.S. :” Wahai Sulaiman, sesungguhnya kamu tidak akan dapat berbuat demikian.”

Nabi Sulaiman merayu lagi : “ Ya Allah, izinkanlah aku untuk sehari.” Lalu Allah S.W.T. mengizinkan permintaan Nabi Sulaiman A.S.

Setelah mendapat izin dari Allah S.W.T. maka Nabi Sulaiman A.S. pun mengerahkan manusia dan jin supaya memanggil semua orang di bumi untuk membuat makanan.

Apabila semua orang telah berhimpun maka Nabi Sulaiman pun menyuruh mereka semua memasak apa yang dibawa oleh mereka.

Setelah makanan siap disediakan maka Nabi Sulaiman A.S. telah mengarahkan anak-anak kecil supaya tidak mengerumuni makanan kerana takut mereka akan merosakkannya. Apabila makanan itu diatur panjangnya sejauh sebulan perjalanan dan lebarnya seperti itu juga.

gambar hiasan
Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam. Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui.

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah S.A.W. pergi dia tetap bersama dengannya.

Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf. Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara yang amat kejam sekali.

Pernah suatu ketika beliau telah didera di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditelanjangkan. Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas matahari yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang tukang pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan mereka berbuat begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya.

Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”

Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu.